Perbandingan hasil tomato (Lycopersicon esculentum Mill. cv MT1) menggunakan kompos tandan buah kosong (EFB) dan kompos najis lembu sebagai medium penanaman

Aishah Elias, and Safiyyah Shahimi, and Haslaniza Hashim, and Sahilah Abd. Mutalib, and Wan Aida Wan Mustapha, (2020) Perbandingan hasil tomato (Lycopersicon esculentum Mill. cv MT1) menggunakan kompos tandan buah kosong (EFB) dan kompos najis lembu sebagai medium penanaman. Sains Malaysiana, 49 (11). pp. 2745-2754. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
371kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid49bil11...

Abstract

Kajian dalam rumah kaca telah dijalankan untuk mengkaji kesan pestisid, kompos dan baja terhadap hasil tomato (Lycopersicon esculentum Mill. cv MT1) bermula dari April sehingga Disember 2015. Reka bentuk uji kaji yang digunakan semasa penanaman pokok tomato adalah ‘split-split plot’. Faktor yang diambil kira terbahagi kepada tiga peringkat dengan faktor utama merupakan kesan pestisid, faktor peringkat dua ialah rawatan baja dan faktor peringkat tiga ialah jenis kompos. Sejumlah enam belas (n=16) rawatan telah diberikan iaitu T1 sehingga T16. Keputusan kajian menunjukkan ketinggian pokok tertinggi bagi setiap bulan adalah daripada perlakuan yang berbeza manakala dari segi berat, didapati T10 menghasilkan berat daun paling tinggi (200.0 g), T6 menunjukkan berat batang yang paling tinggi (261.3 g) dan T3 menunjukkan berat akar yang paling tinggi (91.0 g). Perlakuan T12 (73.0 cm) menunjukkan nilai paling tinggi bagi panjang akar manakala saiz daun yang paling besar ditunjukkan oleh T11 (48.0 cm2 ). T15 menunjukkan berat buah yang tertinggi (560.3 g) dan bilangan buah bagi setiap pokok (32 buah) secara signifikan (p<0.05) tetapi tidak signifikan (p>0.05) dalam diameter buah (30.47 mm). Walau bagaimanapun, T12 menunjukkan nilai yang tidak signifikan (p>0.05) bagi berat buah (532.5 g) dan bilangan buah (17 buah) tetapi signifikan (p<0.05) bagi diameter buah (39.61 mm). Oleh itu, dalam kajian ini menunjukkan rawatan T15 (pestisid organik, kompos najis lembu sebagai medium penanaman dan baja kimia dan organik) menghasilkan jumlah berat dan bilangan yang signifikan (p<0.05) dalam buah tomato.

Item Type:Article
Keywords:Hasil dan baja; Kompos tandan buah kosong (EFB); Kompos najis lembu; Penanaman; Tomato (Lycopersicon esculentum Mill. cv MT1)
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:16004
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Dec 2020 09:30
Last Modified:17 Dec 2020 05:03

Repository Staff Only: item control page