Memobilia dan kesedaran wasiat digital dalam kalangan belia Malaysia

Anuar Ali, and Mohd Azul Mohamad Salleh, and Normah Mustaffa, (2020) Memobilia dan kesedaran wasiat digital dalam kalangan belia Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 36 (2). pp. 71-91. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
784kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1280

Abstract

Pembangunan gaya hidup digital dan pendigitalan aset melalui teknologi komunikasi dilihat bakal mencabar keberkesanan mekanisme pewarisan aset digital dalam kalangan pengguna. Telefon pintar merupakan peranti mudah alih moden yang berupaya menerima dan memproses sejumlah besar data dan maklumat dengan bantuan Internet. Sebagai teknologi yang melalui peralihan dari zaman perindustrian ke zaman teknologi maklumat, matlamat penggunaan telefon pintar sebagai medium komunikasi juga turut mengalami proses transformasi. Telefon pintar kini bukan sekadar berfungsi sebagai alat komunikasi utama, namun turut berupaya berfungsi sebagai alat memori digital yang dikonseptualisasi sebagai memobilia. Pengunaan telefon pintar sebagai memobilia merangkumi keupayaannya sebagai alat memori yang membantu pengguna dalam penghasilan, penyimpanan dan pengaksesan data. Keupayaan ini menyebabkan proses pendigitalan memori berlaku dalam kalangan pengguna individu yang turut diandaikan boleh menyumbang kepada penghasilan aset digital seperti aset digital peribadi, aset digital media sosial dan aset digital kewangan. Kajian ini bertujuan memahami peranan memobilia dan kesedaran wasiat digital dalam kalangan pengguna individu. Penyelidikan ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan temubual secara mendalam sebagai teknik pengumpulan data dan lapan orang informan dalam kalangan belia di Malaysia dipilih melalui teknik persampelan bertujuan. Hasil kajian mendapati pengguna sememangnya menggunakan telefon pintar sebagai alat memori digital yang membantu mereka menyimpan maklumat, mengakses aplikasi sosial dan menyunting pelbagai data. Namun, kesedaran pengguna mengenai wasiat digital adalah di tahap yang membimbangkan apabila mereka tidak sedar akan kepentingan pengurusan data yang terhasil daripada pendigitalan memori ini setelah mereka meninggal dunia.

Item Type:Article
Keywords:Memobilia; Kesedaran; Wasiat digital; Belia; Malaysia
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16042
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Jan 2021 01:59
Last Modified:21 Jan 2021 01:35

Repository Staff Only: item control page