Literasi media dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi terhadap isu alam sekitar

Shahrul Nazmi Sannusi, (2020) Literasi media dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi terhadap isu alam sekitar. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 36 (2). pp. 124-142. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1280

Abstract

Berita tentang isu berkaitan alam sekitar sentiasa mendapat tempat dalam kalangan media massa di negara ini. Tahun 2019 menyaksikan beberapa isu alam sekitar berlaku termasuklah pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu rentas sempadan, pencemaran minyak di lembangan Sungai Semenyih telah mencuri perhatian ramai pihak di negara ini. Salah satu golongan yang terkesan terhadap isu ini adalah pelajar di institusi pengajian tinggi. Perkembangan media baharu telah menawarkan satu platform baharu kepada golongan ini untuk membaca, mempercayai dan seterusnya menyebarkan sesuatu berita yang diterima itu kepada pihak lain. Justeru, kajian ini bertujuan melihat sejauhmanakah tahap kesedaran dan literasi media dalam kalangan pelajar ini terhadap berita isu alam sekitar yang dibaca. Kaedah kualitatif digunakan dengan melibatkan 15 orang pelajar yang dipilih melalui persampelan bertujuan mengikut dua aliran utama iaitu sains dan sastera. Hasil kajian menunjukkan sebahagian besar informan khususnya aliran sastera sedar dan aktif terhadap isu alam sekitar yang mereka baca. Ini termasuk tindakan mereka untuk membaca, memahami dan berkongsi berita tersebut kepada rakan yang lain. Manakala pelajar aliran sains pula mempunyai minat dan pengetahuan yang tinggi terhadap isu alam sekitar yang berlaku, tetapi bersifat pasif dan enggan memberikan respon kepada rakan lain. Semua informan mempunyai minat yang tinggi untuk membaca pelbagai informasi berkaitan alam sekitar yang diperolehi melalui media sosial. Hasil kajian ini membuktikan bahawa pelajar di institusi pengajian tinggi negara ini mempunyai tahap pengetahuan dan literasi media yang tinggi terhadap berita alam sekitar yang mereka baca.

Item Type:Article
Keywords:Literasi media; Alam sekitar; Pelajar; Institusi pengajian tinggi; Media baharu
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16045
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Jan 2021 02:40
Last Modified:21 Jan 2021 01:46

Repository Staff Only: item control page