Sindiran dalam media sosial: perspektif lakuan bahasa

Nur Atikah Ibrahim, and Maslida Yusof, (2020) Sindiran dalam media sosial: perspektif lakuan bahasa. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 36 (2). pp. 269-288. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
696kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1280

Abstract

Sindiran menyampaikan maksud yang bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh penutur secara literal. Kini sindiran menjadi satu trend ragam bahasa dalam kalangan pengguna media sosial untuk membuat teguran, kritikan atau nasihat terhadap sesuatu isu dalam media sosial. Justeru, kajian ini bertujuan meneliti ujaran sindiran dalam media sosial dari perspektif lakuan bahasa dengan berdasarkan kriteria taksonomi yang dikemukakan oleh Searle (1969) iaitu lakuan bahasa asertif, direktif, komisif, ekspresif dan deklaratif. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan mengambil data daripada status yang dimuat naik dalam halaman Facebook Amrans Fans. Halaman Facebook Amrans Fans dipilih kerana halaman Facebook ini dikatakan sering kali memuat naik status yang berbentuk sindiran dalam memaparkan pelbagai isu semasa. Hasil dapatan memperlihatkan struktur lakuan bahasa sindiran melibatkan tiga peserta iaitu penyindir, pemerhati dan sasaran bagi sindiran tersebut. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa dalam bahasa Melayu, lakuan bahasa sindiran disampaikan dalam bentuk lakuan bahasa asertif, komisif, ekspresif dan direktif. Lakuan sindiran sama juga dengan lakuan bukan sindiran iaitu mempunyai syarat input dan output, syarat kandungan proposisi, syarat persediaan, syarat keikhlasan dan syarat keperluan. Kajian ini membuktikan bahawa interpretasi ironi berdasarkan kepada kontekstual pragmatik dan hubungan antara pembicara dan pendengar. Jelasnya, lakuan sindiran merupakan satu strategi ujaran oleh pengendali halaman Facebook Amrans Fans dalam usaha untuk menarik perhatian pengikutnya.

Item Type:Article
Keywords:Sindiran; Lakuan bahasa; Struktur lakuan sindiran; Facebook Amrans Fans; Media sosial
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16054
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jan 2021 04:04
Last Modified:21 Jan 2021 02:02

Repository Staff Only: item control page