Indeks kepuasan pelajar siswazah terhadap prasarana penyelidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia

Hairulliza Mohamad Judi, and Hazura Mohamed, and Noraidah Sahari @ Ashaari, (2020) Indeks kepuasan pelajar siswazah terhadap prasarana penyelidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Journal of Quality Measurement and Analysis, 16 (2). pp. 141-156. ISSN 1823-5670

[img]
Preview
PDF
407kB

Official URL: https://www.ukm.my/jqma/current/

Abstract

Revolusi Perindustrian Keempat membawa cabaran baharu kepada institusi pengajian tinggi bagi menarik peluang untuk aktiviti penyelidikan berkualiti tinggi. Bagi memastikan institusi dapat menyokong secara tekal penyelidikan berimpak tinggi, prasarana bersesuaian disediakan sebagai pemangkin aktiviti penyelidikan cemerlang. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kepuasan pelajar siswazah terhadap prasarana penyelidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan mengukur indeks kepuasan terhadap prasarana penyelidikan. Kajian dilaksanakan terhadap sampel 992 orang pelajar siswazah UKM melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Enam faktor prasarana penyelidikan telah dikenal pasti dan dianalisis, iaitu perpustakaan, perkhidmatan pelajar, kemudahan fizikal, kemudahan keselamatan, kemudahan awam, dan kafeteria. Hasil kajian menunjukkan lebih 60% daripada item dikaji berada dalam kategori tahap kepuasan yang tinggi. Bagi Indeks Kepuasan Pelajar, UKM memperlihatkan pencapaian cemerlang bagi faktor perpustakaan, pencapaian baik bagi empat faktor berkaitan penyediaan kemudahan dan pencapaian sederhana bagi faktor kafeteria. Pengukuran kualiti prasarana berasaskan persepsi pelajar adalah penting bagi membantu menambah baik sektor penyelidikan dan menjadi tanda aras perkhidmatan penyelidikan.

Item Type:Article
Keywords:Indeks kepuasan; Kualiti perkhidmatan; Prasarana penyelidikan; Institusi pengajian tinggi
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:16066
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jan 2021 02:07
Last Modified:24 Jan 2021 15:52

Repository Staff Only: item control page