Pembelajaran dalam talian segerak: kepuasan pelajar terhadap penggunaan Microsoft Teams

Rofizah Mohammad, (2020) Pembelajaran dalam talian segerak: kepuasan pelajar terhadap penggunaan Microsoft Teams. Journal of Quality Measurement and Analysis, 16 (2). pp. 219-230. ISSN 1823-5670

[img]
Preview
PDF
540kB

Official URL: https://www.ukm.my/jqma/current/

Abstract

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah memaksa kaedah pengajaran dan pembelajaran beralih sepenuhnya daripada bersemuka dalam bilik kuliah kepada dalam talian. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memilih pembelajaran dalam talian segerak dengan menggunakan pelantar Microsoft Teams. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengukur tahap kepuasan pelajar Jabatan Sains Matematik dalam menggunakan Microsoft Teams sebagai pelantar pembelajaran dalam talian segerak. Suatu tinjauan telah dijalankan. Seramai 142 orang pelajar telah memberi maklum balas melalui soal selidik yang diedar secara dalam talian. Secara umumnya tahap kepuasan pelajar adalah pada tahap yang sederhana dengan nilai min kepuasaan keseluruhan 4.365 (daripada 6 mata skala Likert). Didapati tiada perbezaan min kepuasan pelajar di antara yang tinggal di bandar mahu pun luar bandar, namun min kepuasan ini didapati berbeza mengikut tahap kelajuan capaian internet. Hanya sekitar 25% pelajar yang mendapat kelajuan capaian internet yang kuat. Oleh itu, majoriti pelajar (68.3%) memilih kaedah pembelajaran bersemuka dalam bilik kuliah berbanding pembelajaran dalam talian. Namun, sekiranya keadaan memaksa, pelajar bersedia untuk terus belajar dalam talian pada semester akan datang. Peratusan pelajar yang memilih pembelajaran dalam talian segerak atau tidak segerak adalah agak seimbang. Namun, bagi pelajar yang memilih pembelajaran dalam talian segerak, mereka tetap mahukan bahan untuk pembelajaran kendiri dalam talian tidak segerak. Ini berikutan 49% kekangan pembelajaran dalam talian disumbang oleh masalah capaian internet dan semestinya pembelajaran dalam talian segerak memerlukan capaian internet yang baik.

Item Type:Article
Keywords:Tinjauan; Kelajuan capaian internet; Pembelajaran dalam talian tidak segerak
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:16072
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jan 2021 03:23
Last Modified:24 Jan 2021 16:03

Repository Staff Only: item control page