Kebolehpercayaan dan kesahan instrumen inovasi organisasi: suatu pendekatan Model Rasch

Ruhaidi Amin, and Nasihah Ashar Ahamed, and Zalina Mohd Ali, and Nur Riza Mohd Suradi, (2020) Kebolehpercayaan dan kesahan instrumen inovasi organisasi: suatu pendekatan Model Rasch. Journal of Quality Measurement and Analysis, 16 (2). pp. 253-269. ISSN 1823-5670

[img]
Preview
PDF
663kB

Official URL: https://www.ukm.my/jqma/current/

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menyelidiki kebolehpercayaan dan kesahan instrumen pengukuran inovasi organisasi, MyIndeksIno. Seramai 32 orang kakitangan profesional dan pelaksana di unit inovasi di beberapa agensi kementerian telah terlibat dalam kajian rintis yang dijalankan. Instrumen mengandungi 5 bahagian soalan, merangkumi Maklumat Umum, Pengetahuan Inovasi, Faktor-faktor Sumber Inovasi, Keupayaan Inovasi dan Prestasi Organisasi. Menggunakan pendekatan Model Rasch, kebolehpercayaan dan kesahan 72 item daripada tiga konstruk dan 10 subkonstruk berkait inovasi diselidiki. Secara keseluruhannya, didapati instrumen MyIndeksIno mempunyai kebolehpercayaan item dan individu yang tinggi dengan nilai 0.98 dan 0.97 masing-masingnya. Kesahan instrumen MyIndeksIno diselidiki melalui kesuaian padanan item, padanan individu, peta pemboleh ubah dan unidimensi. Kajian mendapati bahawa instrumen MyIndeksIno adalah boleh dipercayai dan sah untuk mengukur inovasi dalam kalangan pekerja dan organisasi.

Item Type:Article
Keywords:Keupayaan inovasi; Sumber inovasi; Prestasi inovasi; Model Rasch
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:16075
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jan 2021 04:04
Last Modified:24 Jan 2021 16:08

Repository Staff Only: item control page