Analisis dekonstruktif terhadap satira sosiobudaya dan politik dalam filem Lelaki Harapan Dunia (2014)

Badrul Redzuan Abu Hassan, and Nur Hafizoh Idris, (2020) Analisis dekonstruktif terhadap satira sosiobudaya dan politik dalam filem Lelaki Harapan Dunia (2014). Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 36 (3). pp. 123-138. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
696kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1322

Abstract

Satira merupakan suatu reaksi komunikatif yang dihasilkan dan digunakan oleh sesiapa yang mempunyai keupayaan retorik untuk mengkomunikasikan saranan, sindiran atau pandangan peribadi atau kolektif. Masyarakat Melayu di Nusantara Melayu memiliki kecenderungan bersatira sebagai sebahagian dari akal budi Melayu yang menonjolkan kehebatan warisan bahasa untuk tujuan menegur, mendidik dan memperbaiki akhlak sejajar dengan ajaran agama Islam. Satira dinikmati secara mapan pada hari ini sebagai representasi kehidupan seharian yang dihasilkan untuk tujuan hiburan dan seloka persendaan. Komunikasi bersatira dilihat semakin popular dan digunapakai oleh sebilangan masyarakat era digital yang giat menyuarakan pendapat serta kritikan mereka terutamanya melibatkan persoalan logik, agama, moralitas dan integrit pemimpin masyarakat dan figura popular. Dalam erti kata lain, aspek sosiobudaya dan politik dilihat mendominasi wacana bersatira yang berlangsung di ruang publik termasuklah menerusi budaya popular seperti filem. Makalah ini umumnya bertujuan mengupas dan membahas menerusi sebuah analisis dekonstruktif aliran Derrida untuk menemukan makna-makna yang tersulam dalam wacana bersatira filem Lelaki Harapan Dunia (LHD, 2014) arahan Liew Seng Tat. Melalui kaedah analisis dekonstruktif, hasil kajian menunjukkan terdapat satira yang mewacanakan aspek sosiobudaya dan politik dalam filem ini. Persendaan satira sosiobudaya menumpukan implikasi dan subteks wacana kepada permasalahan penggunaan bahasa Malaysia dan ketaksuban masyarakat terhadap alam metafizik, sedangkan persendaan satira politik menjurus kepada amalan sogokan oleh ahli politik korup. Rumusan pencerahan yang ditemukan dari analisis dapatan kajian mencadangkan bahawa pengarah filem ini telah membuat representasi yang klinikal dan kritis mengenai akal budi Melayu dengan strategik dan menarik menerusi satira sosiobudaya dan politik.

Item Type:Article
Keywords:Akal budi Melayu; Satira sosiobudaya; Satira politik; Analisis dekonstruktif; Metafizik
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16085
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Jan 2021 07:38
Last Modified:24 Jan 2021 17:05

Repository Staff Only: item control page