Tinjauan awal bidang Komunikasi Sukan

Ahmad Sauffiyan Hasan, (2020) Tinjauan awal bidang Komunikasi Sukan. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 36 (3). pp. 139-156. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
744kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1322

Abstract

Komunikasi Sukan adalah satu bidang kajian mengenai proses komunikasi di dalam bidang kesukanan. Dalam era media yang demokratik hari ini dengan kebangkitan media sosial, komunikasi sukan menjadi bidang penting untuk dikuasai bagi membantu memahami selok-belok dimensi media dan komunikasi dalam dunia sukan. Masalah utama di Malaysia hari ini adalah, bidang ilmu komunikasi sukan masih asing dan tidak ada pengajian sistematik komunikasi sukan ditawarkan di negara ini. Oleh yang demikian, sebagai permulaan, objektif kajian ini adalah (1) memahami sejarah latar belakang bidang komunikasi sukan (2) meninjau penerbitan terkini dalam kajian komunikasi sukan dan (3) memahami model atau teori ilmu komunikasi sukan. kaedah kajian adalahkualitatif di mana pendekatan deskriptif dan separa-sistematik digunakan untuk mencari maklumat mengenai bidang komuniikasi sukan bedasarkan tiga objektif yang telah ditetapkan. Kajian ini mendapati, pertama sekali, bidang komunikasi sukan telah pun berkembang sejak 10 tahun lalu di Amerika Syarikat. kedua, jurnal-jurnal komunikasi sukan terkini meliputi topik seperti komunikasi sukan dan impak teknologi kecerdasan buatan terhadap kandungan media dan yang ketiga, tiga model komunikasi sukan dapat dikenalpasti dan dibincangkan. Secara kesimpulannya, bidang komunikasi sukan adalah bidang pengajian dan penyelidikan yang pesat berkembang. Kajian tinjauan awal ini amat terbatas dan sebenarnya lebih banyak kajian perlu dilakukan bagi mendalami dan mengembangkan ilmu bidang komunikasi sukan di Malaysia di masa hadapan dan seterusnya membina kesedaran mengenai kepentingan bidang komunikasi sukan dalam konteks Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Komunikasi sukan; Media sosial; Periklanan; Penyiaran; Perhubungan awam; Kewartawanan
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16086
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Jan 2021 07:42
Last Modified:24 Jan 2021 17:07

Repository Staff Only: item control page