Daun sebagai wahana komunikasi dalam kesusasteraan Melayu

Mawar Safei, and Tuan Rusmawati Raja Hassan, (2020) Daun sebagai wahana komunikasi dalam kesusasteraan Melayu. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 36 (3). pp. 157-175. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
688kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1322

Abstract

Komunikasi manusia Melayu dengan alam sangat akrab dan ia sering menjadi ilham dalam pengkaryaan. Ilham itu juga membentuk satu jaringan komunikasi yang tersendiri antara penulis dengan pembaca. Masyarakat Melayu termasuk masyarakat Mandailing memiliki bentuk komunikasi yang tersendiri terkait dengan alam sekitar khasnya pepohonan dan tumpuan terhadap jenis daun. Hata bulung-bulung atau bahasa daun-daunan digunakan mereka untuk tujuan komunikasi soal emosi yang ada hubungan dengan bunyi nama daun yang digunakan. Kajian ini meninjau hasil karya sastera Melayu yang terkait dengan bentuk “komunikasi daun” dengan memanfaatkan kerangka intertekstualiti. Dasar fahaman intertekstualiti yang digagaskan awal oleh Mikhail Mikhailovich Bakhtin dan Julia Kristeva adalah komunikasi antara teks. Beberapa prinsip intertekstualiti seperti ekspansi, transformasi dan parallel, dipertimbangkan dalam melihat dua karya sastera Melayu yang memanfaatkan komunikasi daun seperti dalam cerpen “Tamsil Daun” (2012) oleh Mawar Safei dan novel Daun (2008) oleh Malim Ghozali Pk. Cerpen “Tamsil Daun” mengajukan bentuk komunikasi daun sebagai pernyataan makna kepatuhan dalam permasalahan penutupan aurat. Sementara novel Daun memaparkan pertelingkahan sahsiah dan sosial yang kemudiannya sangat terkait dengan jiwa manusia Melayu yang peka dengan perubahan persekitarannya. Jelas kedua-dua pengarang menerapkan bentuk komunikasi daun sebagai pengucapan pemikiran mereka dalam karya yang dihasilkan kerana ia mempunyai gandingan komunikasi manusia dengan alam.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Mandailing; Daun; Hata bulung-bulung; Komunikasi; Sastera Melayu
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16087
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Jan 2021 07:47
Last Modified:24 Jan 2021 17:08

Repository Staff Only: item control page