Ong, Ai Ling and Chang, Peng Kee and Arina Anis Azlan, (2020) Penerokaan isu penguasaan kemahiran insaniah graduan UKM dari perspektif STOPS. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 36 (3). pp. 247-265. ISSN 0128-1496
|
PDF
766kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1322
Abstract
Kemahiran insaniah (soft skills) merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar supaya mampu berdaya saing dalam mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian. Institusi pengajian tinggi atau universiti memainkan peranan yang penting dalam membantu dan membentuk sahsiah pelajar agar mereka mampu menguasai set kemahiran yang diperlukan dalam alam pekerjaan. Tidak dinafikan juga penguasaan kemahiran insaniah graduan berkait dengan isu kebolehpasaran graduan yang sering dibangkitkan. Dengan mengambil pandangan dari perspektif komunikasi, kajian ini dijalankan untuk memahami cara graduan bertindak balas terhadap isu penguasaan kemahiran insaniah berpandukan teori STOPS. Sebanyak 415 responden yang terdiri daripada graduan prasiswazah UKM tahun 2018 telah memberikan maklum balas terhadap survei yang diedarkan. Data dianalisis dengan menggunakan Model Persamaan Struktural (SEM) dibantu perisian IBM-SPSS versi 21 dan IBM-SPSSAMOS. Lima hipotesis yang dicadangkan telah disokong oleh dapatan kajian. Hasil kajian mendapati model pengukuran STOPS mencapai indeks kesepadanan yang baik berdasarkan nilai indeks yang dicadangkan. Nilai koefisien penentuan R2 bagi pemboleh ubah perseptual (antecedent) iaitu pengenalpastian masalah, pengenalpastian kekangan, dan pengenalpastian penglibatan terhadap motivasi situasi dalam penyelesaian masalah adalah .52 yang mana ia menunjukkan hubungan sederhana kuat antara pemboleh ubah. Manakala nilai R2 bagi pemboleh ubah kriteria rujukan dan motivasi terhadap tingkah laku komunikasi (CAPS) adalah .61 yang juga menunjukkan hubungan sederhana kuat. Berdasarkan hasil analisis, institusi pengajian tinggi harus memberi pendedahan yang lebih komprehensif terhadap isu penguasaan kemahiran insaniah supaya meningkatkan kebolehan pelajar dalam pengenalpastian masalah, kekangan dan penglibatan yang mampu menyumbang kepada peningkatan motivasi dalam penyelesaian masalah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kemahiran insaniah; Graduan; STOPS; SEM; Situasi |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 16092 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 21 Jan 2021 08:14 |
Last Modified: | 24 Jan 2021 17:15 |
Repository Staff Only: item control page