Strategi komunikasi penjenayah cinta siber terhadap wanita profesional

Khadijah Alavi, and Maizatul Haizan Mahbob, and Mohammad Syahrul Azha Sooed, (2020) Strategi komunikasi penjenayah cinta siber terhadap wanita profesional. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 36 (3). pp. 296-311. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
648kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1322

Abstract

Ancaman jenayah Penipuan Pencintaan (Love Scam) merupakan jenayah siber atau komersil yang mensasarkan wanita terutamanya wanita profesional hingga mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada mangsa dan negara. Kajian ini meneroka faktor keterlibatan mangsa dan strategi komunikasi yang digunakan oleh scammer dalam proses penipuan. Kajian dijalankan secara temu bual mendalam ke atas pihak polis dan pekerja sosial dalam menangani isu Love Scam. Kajian ini dijalankan di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) di Selangor. Seramai lima responden iaitu mangsa Love Scam telah ditemuduga dengan bantuan anggota polis dari IPPD yang mengendalikan kes jenayah komersil ini. Data dianalisis menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian mendapati mangsa terjebak dengan Love Scam dalam laman sosial disebabkan beberapa faktor iaitu layanan baik daripada pelaku, sosialisasi, capaian internet yang mudah dan tekanan dalam diri mangsa. Strategi komunikasi yang sering digunakan pelaku untuk memerangkap mangsa adalah melalui penipuan profil, janji manis palsu, penghantaran bungkusan dan menyamar sebagai wakil agensi percukaian. Perkhidmatan sedia ada pihak polis hanya mengambil laporan bertulis daripada mangsa yang sedang trauma. Kebarangkalian penggunaan sihir dan pukau dalam talian menyukarkan mangsa untuk melindungi diri daripada ditipu. Dicadangkan kajian masa depan meneroka hubungan pukau, hipnosis, sihir yang diaplikasikan melalui ancaman kejuruteraan sosial (social engineering attack). Kajian ini mencadangkan bahawa pihak polis perlu bekerjasama dengan pekerja sosial dalam menyediakan perkhidmatan intervensi krisis, konsultasi membantu trauma mangsa dan menyediakan perkhidmatan psikososial bagi memberi kesedaran dan advokasi dalam menangani isu Love Scam.

Item Type:Article
Keywords:Jenayah siber; Penipuan cinta; Strategi komunikasi; Wanita; Profesional
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16095
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Jan 2021 08:27
Last Modified:24 Jan 2021 17:19

Repository Staff Only: item control page