Impak prejudis dan jarak sosial terhadap komunikasi antara etnik di Pangsapuri Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Marzudi Md Yunus, and Nur Yuhanis Mohd Nasir, and Nurul Haniza Samsudin, (2020) Impak prejudis dan jarak sosial terhadap komunikasi antara etnik di Pangsapuri Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 36 (4). pp. 34-53. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
754kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1360

Abstract

Komunikasi yang berkesan merupakan elemen penting dalam interaksi antara etnik yang berbeza. Menerusi komunikasi, interaksi sosial antara etnik dapat mengurangkan jarak sosial. Jarak sosial boleh mewujudkan rasa keasingan (alienasi) yang diasaskan oleh perbezaan ras melibatkan kelompok yang berbeza. Dalam hal ini, interaksi sosial pada peringkat komuniti setempat merupakan wadah yang boleh digunakan untuk mengetahui sama ada interaksi sosial dalam komuniti menghasilkan komunikasi yang bermakna, pengaruh prejudis dan kewujudan jarak sosial antara etnik dalam komuniti penghuni rumah jenis pangsapuri yang dikaji. Kajian ini menganalisis pola-pola interaksi sosial dalam komunikasi yang melibatkan etnik berbeza di rumah jenis pangsapuri. Penyelidikan ini dilaksanakan di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Metodologi kuantitatif dan kualitatif melalui kaedah soal selidik dan pemerhatian telah digunakan bagi mendapatkan data-data utama digunakan untuk menganalisis pola-pola komunikasi dalam interaksi antara etnik. Seramai 300 orang responden yang dipilih secara berstrata berdasarkan komposisi etnik di kawasan kajian. Pemerhatian pula telah dilakukan terhadap peristiwa interaksi sosial yang berlaku dalam komuniti. Dalam kajian ini, teori jarak sosial telah digunakan bagi menilai dan mentafsir pola interaksi sosial dalam komunikasi antara etnik yang berlaku dalam komuniti penduduk jenis pangsapuri. Hasil analisis telah menunjukkan bahawa terdapat pola yang jelas dalam interaksi sosial yang melibatkan komunikasi antara etnik berbeza. Komunikasi antara etnik mempunyai kaitan yang signifikan dengan kewujudan kepentingan bersama dalam kalangan penduduk. Kewujudan kepentingan bersama yang dikongsi oleh ahli komuniti akan membina pelantar integrasi yang kukuh dalam komuniti multietnik.

Item Type:Article
Keywords:Komunikasi; Interaksi sosial; Etnik; Jarak sosial; Komuniti
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16105
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jan 2021 06:43
Last Modified:31 Jan 2021 13:50

Repository Staff Only: item control page