S. Maartandan Suppiah, and Mohd Khairie Ahmad, and Heran NirubaGunasekaran, (2020) Komunikasi kepimpinan Mahathir Mohamad dari perspektif agama Hindu. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 36 (4). pp. 172-193. ISSN 0128-1496
|
PDF
795kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1360
Abstract
Penyelidikan kualitatif ini bermatlamat untuk meneroka pengaruh komunikasi kepimpinan Mahathir Mohamad dari sudut pandangan budaya masyarakat India di Malaysia. Mahathir dianggap sebagai seorang pemimpin yang hanya memberi tumpuan kepada pembangunan masyarakat Melayu atau masyarakat majoriti yang diwakilinya sehingga beliau dilabel sebagai ultra Melayu. Menariknya, walaupun Mahathir Mohamad dikatakan mengetepikan masyarakat bukan bumiputera khususnya masyarakat India, tetapi masyarakat India merekodkan pembangunan atau perubahan yang baik dalam pelbagai bidang. Dalam pada itu, penyelidikan ini mengandaikan bahawa kemahiran komunikasi kepimpinan Mahathir Mohamad mempengaruhi masyarakat India ke arah pembangunan di Malaysia. Budaya masyarakat India yang ditunjangi oleh kepercayaan Hinduisme dipercayai menjadi nilai asas dalam proses komunikasi kepimpinan Mahathir Mohamad dan masyarakat Hindu di Malaysia. Maka, penyelidikan ini membincangkan tentang komunikasi kepimpinan Tun Mahathir Mohamad dari perspektif budaya India, khususnya dari perspektif agama Hindu. Kaedah temubual mendalam digunakan untuk mengumpul data. Seramai 23 informan telah ditemu bual untuk mengumpul pandangan mereka tentang pimpinan Mahathir Mohamad. Informan penyelidikan dipilih melalui teknik persampelan bertujuan yang terdiri daripada ahli politik berbangsa India, ahli badan bukan kerajaan, para akademik, ahli perniagaan dan masyarakat biasa. Data dianalisa menggunakan kaedah analisis tematik dan tiga tema telah terbentuk iaitu definisi komunikasi kepimpinan, ciri-ciri komunikasi kepimpinan yang berkesan dan fungsi komunikasi kepimpinan. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa agama Hindu mempengaruhi persepsi masyarakat Hindu terhadap komunikasi kepimpinan Mahathir. Penyelidikan ini menyumbang kepada pembentukan dimensi baharu iaitu penyelidikan komunikasi kepimpinan dalam konteks budaya masyarakat India.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Komunikasi politik; Budaya India; Perubahan sosial; Masyarakat India; Kepimpinan |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 16113 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Jan 2021 08:04 |
Last Modified: | 31 Jan 2021 14:33 |
Repository Staff Only: item control page