Drama adaptasi Korea: suatu analisis terhadap pemaparan agama dan adat dalam drama ‘Alamatnya Cinta’

Nazra Aliff Nazri, and Abdul Latiff Ahmad, (2020) Drama adaptasi Korea: suatu analisis terhadap pemaparan agama dan adat dalam drama ‘Alamatnya Cinta’. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 36 (4). pp. 243-257. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
678kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1360

Abstract

Pada masa kini, antara jenis penghasilan drama tempatan ialah drama adaptasi yang diambil dari negara luar. Namun, progam dari luar ini dilihat mampu memberikan pengaruh yang kurang baik khususnya terhadap khalayak tempatan dan berpotensi dalam menggantikan nilai-nilai budaya yang ada. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana pemaparan agama dan adat tempatan diketengahkan dalam drama adaptasi dari negara Korea Selatan. Dari situ, akan diketahui tembusan dan silang budaya yang berlaku antara masyarakat Melayu dan Korea Selatan melalui penghasilan drama adaptasi ini dalam konteks tempatan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis tekstual ke atas drama ‘Alamatnya Cinta’ yang diadaptasi daripada siri popular Korea Selatan ‘Full House’ pada tahun 2018. Kaedah ini sesuai digunakan bagi mendalami mesej yang cuba disampaikan oleh pembuat teks melalui penggunaan elemen agama dan adat di dalam drama adaptasi ini. Hasil kajian mendapati walaupun drama ini merupakan sebuah drama adaptasi dari Korea Selatan namun elemen kebudayaan Melayu dan Islam itu masih banyak dipamer dan dipertontonkan kepada masyarakat. Ini sekaligus menunjukkan bahawa pembuat teks bagi drama adaptasi tempatan masih peka dan tidak memandang ringan kepada penggunaan elemen agama dan adat dalam menghasilkan sebuah naskah terutama karya adaptasi.

Item Type:Article
Keywords:Drama; Adaptasi; Agama; Adat; Analisis tekstual
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16117
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Jan 2021 01:54
Last Modified:31 Jan 2021 14:39

Repository Staff Only: item control page