Grafik dan muzik: analisis reka bentuk kulit album

Salziana Ibrahim, and Raja Iskandar Raja Halid, (2020) Grafik dan muzik: analisis reka bentuk kulit album. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 36 (4). pp. 369-394. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1360

Abstract

Kulit album mempunyai pelbagai fungsi pada sesebuah karya seni muzik. Reka bentuk kulit album yang menarik mampu menarik pelanggan untuk membuat pilihan ketika membeli produk tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan grafik dan muzik terhadap empat buah kulit album Zainal Abidin iaitu album Hijau, Gamal, Orak Arek dan Terangsang. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa reka bentuk kulit album telah banyak mengalami perubahan dari pelbagai aspek mengikut perkembangan industri muzik. Pelbagai teknik reka bentuk digunakan untuk menyampaikan mesej berhubung kait dengan genre album tersebut. Kajian kes dalam kaedah kualitatif ini menggunakan teknik pemerhatian dan fotografi terhadap empat buah kulit album Zainal Abidin sebagai artis pop yang terkenal dengan keunikan lagunya di Malaysia. Data yang dikumpul telah dianalisis dan dinilai dari segi grafik berdasarkan tiga elemen iaitu warna, visual dan tipografi yang digunakan manakala, dari segi muzik pula dilihat dari elemen ritma, bunyi dan lirik lagu dalam album itu. Analisis kulit album ini juga dibuat berlandaskan pendekatan semiotik sosial komunikasi visual oleh Van Leeuwen dalam menjelaskan makna di sebalik reka bentuk kulit album yang disampaikan. Hasil kajian menunjukkan hubungkait antara grafik dan muzik pada keempat-empat kulit album yang dijadikan kajian kes ini. Oleh hal demikian, hubungan antara reka bentuk grafik dan album muzik tidak dapat dipisahkan untuk menghasilkan kulit album yang berkualiti di samping menyampaikan maklumat komunikasi dengan berkesan.

Item Type:Article
Keywords:Grafik; Muzik; Reka bentuk; Kulit album; Tipografi
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16125
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Jan 2021 03:48
Last Modified:31 Jan 2021 14:52

Repository Staff Only: item control page