Amalan kesantunan berbahasa dalam komunikasi formal dan tidak formal dalam kalangan pelajar universiti

Ahmad Fuad Mat Hassan, and Khairul Faiz Alimi, and Hishamudin Isam, and Mashetoh Abd. Mutalib, (2020) Amalan kesantunan berbahasa dalam komunikasi formal dan tidak formal dalam kalangan pelajar universiti. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 36 (4). pp. 410-427. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
787kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1360

Abstract

Kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi amat dititikberatkan oleh masyarakat di Malaysia khususnya orang Melayu. Amalan kesantunan berbahasa adalah perkara asas dalam sesebuah komunikasi yang menggambarkan aturan sosial dalam sesebuah masyarakat dan menjadi prasyarat bagi kerjasama dalam sesebuah komunikasi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kesantunan berbahasa yang diamalkan oleh pelajar UUM dalam konteks komunikasi formal dan tidak formal, membandingkan elemen kesantunan berbahasa yang diamalkan oleh pelajar mengikut jantina dan membincangkan kesan terhadap amalan kesantunan berbahasa dalam komunikasi kepada pelajar. Sebanyak 1251 orang responden dipilih dan ditemu bual menggunakan borang soal selidik berstruktur yang dibina berdasarkan konteks formal dan tidak formal. Kajian ini mengaplikasikan teori kesantunan Brown dan Levinson (1987) sebagai landasan dalam membincangkan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati, sebanyak 93.2 peratus (1166) orang pelajar UUM mengamalkan kesantunan berbahasa dalam konteks formal dan selebihnya sebanyak 6.8 peratus (85) orang responden sahaja yang kurang menitikberatkan elemen kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi dalam konteks formal. Dari segi jantina pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap amalan kesantunan berbahasa antara pelajar lelaki dan perempuan, iaitu t(1249) = 3.652, p < .05. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih mengamalkan kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi berbanding dengan pelajar lelaki. Selain itu, amalan kesantunan berbahasa dalam komunikasi pelajar telah memberikan kesan yang positif kepada pelajar khususnya di UUM. Amalan kesantunan berbahasa perlu dilestarikan oleh setiap individu kerana amalan ini bukan sahaja dituntut dalam beragama malah ianya dapat menggambarkan nilai budi leluhur sesuatu bangsa dalam konteks di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Kesantunan berbahasa; Komunikasi formal; Komunikasi tidak formal; Pelajar universiti; Bangsa
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16127
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Jan 2021 04:02
Last Modified:31 Jan 2021 14:54

Repository Staff Only: item control page