Kawalan Undang-undang terhadap kontrak bentuk seragam dalam perjanjian sewa beli

Siti Noorafizah Azizan, (2020) Kawalan Undang-undang terhadap kontrak bentuk seragam dalam perjanjian sewa beli. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 26 . pp. 26-34. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
293kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/JUUM

Abstract

Kontrak bentuk seragam bukanlah isu baharu dalam kontrak pengguna kerana ia telah mengundang kepada pelbagai isu ketidakadilan dan ketidakseimbangan dari segi hak dan liabiliti pihak-pihak yang berkontrak. Kontrak bentuk seragam dianggap sebagai ʽkontrak satu pihakʼ kerana terma dan syarat kontrak dibuat oleh satu pihak sahaja tanpa melalui proses perundingan dengan pihak-pihak yang lain dalam kontrak. Dalam kontrak kredit pengguna seperti kontrak sewa beli, kontrak bentuk seragam telah digunakan secara meluas. Isu-isu yang timbul dalam kontrak sewa beli yang berbentuk seragam adalah berkait dengan terma tidak adil dan fasal pengecualian yang dimasukkan dalam kontrak. Pengguna akhirnya menjadi pihak yang menanggung kerugian kerana hak-hak mereka telah dihadkan melalui terma-terma kontrak oleh pihak penyedia perkhidmatan. Objektif artikel ini adalah untuk menganalisis sejauh manakah pengguna dilindungi di bawah undang-undang apabila memasuki kontrak sewa beli berbentuk seragam. Walaupun Akta Sewa Beli 1967 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999 menyediakan peruntukan bertujuan untuk melindungi pengguna daripada terma-terma tidak adil dan fasal pengecualian dalam kontrak, namun masih terdapat kelompangan dan kelemahan undang-undang yang perlu diberi perhatian bagi memantapkan aspek perlindungan pengguna.

Item Type:Article
Keywords:Kontrak bentuk seragam; Kontrak sewa beli; Pengguna; Terma tidak adil; Fasal pengecualian
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:16136
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Feb 2021 04:22
Last Modified:09 Feb 2021 23:40

Repository Staff Only: item control page