Tinjauan awal terhadap konsep data peribadi kesihatan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan pemakaian teknologi data raya di Malaysia

Nazura Abdul Manap, and Siti Nur Farah Atiqah Salleh, (2020) Tinjauan awal terhadap konsep data peribadi kesihatan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan pemakaian teknologi data raya di Malaysia. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 26 . pp. 51-56. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
243kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/JUUM

Abstract

Konsep perlindungan data peribadi di Malaysia meliputi perlindungan data peribadi dalam transaksi komersial. Terdapat pelbagai jenis kategori data peribadi menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP 2010) dan salah satunya ialah data kesihatan. Namun, data kesihatan sebagai data peribadi tidak ditakrifkan secara jelas di bawah akta tersebut. Keperluan untuk melihat kedudukan data kesihatan di bawah akta ini adalah amat signifikan, terutamanya dengan pengenalan Gudang Data Kesihatan Malaysia 2017. Gudang data ini menggunakan teknologi data raya dan penggunaan set data kesihatan yang besar diperlukan untuk tujuan memproses dan menganalisis data tersebut. Sumber terpenting dalam mengguna pakai teknologi ini ialah data-data kesihatan pesakit. Data-data ini kebiasaannya mengandungi pelbagai bentuk maklumat peribadi yang membawa pengetahuan langsung kepada pemilik data tersebut. Kebergantungan pada data kesihatan untuk memenuhi tujuan penggunaan teknologi ini menimbulkan persoalan tentang kesediaan perlindungan data kesihatan serta limitasi yang dihadapi dalam mendepani cabaran pemakaian teknologi data raya. Oleh hal yang demikian, artikel ini bertujuan untuk menyediakan satu tinjauan awal terhadap konsep data kesihatan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi dan pemakaian teknologi data raya di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Undang-undang perlindungan data; Data kesihatan; Teknologi data raya
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:16139
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Feb 2021 06:32
Last Modified:09 Feb 2021 23:44

Repository Staff Only: item control page