Potensi pengintegrasian diat ke dalam tuntutan pampasan kemalangan jalan raya di Malaysia

Siti Aisyah Samudin, (2020) Potensi pengintegrasian diat ke dalam tuntutan pampasan kemalangan jalan raya di Malaysia. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 26 . pp. 73-84. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
326kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/JUUM

Abstract

Mangsa kemalangan jalan raya sememangnya mempunyai hak untuk membuat tuntutan pampasan atas kerugian yang mereka alami. Namun, sistem tuntutan pampasan di Malaysia belum mampu melindungi kesemua mangsa yang terlibat. Walaupun setelah pihak mahkamah memutuskan sesuatu kes, didapati masih terdapat mangsa yang gagal atau terhalang daripada membuat tuntutan kepada pihak insurans berikutan sebahagian mangsa tidak termasuk dalam senarai pihak ketiga menurut Seksyen 91 Akta Pengangkutan jalan 1987. Satu lagi sebab yang boleh mengakibatkan mangsa gagal menuntut pampasan adalah pemilikan polisi insurans yang tidak aktif. Sementara itu mangsa kemalangan langgar lari turut gagal untuk menuntut pampasan atas kerugian mahupun kecederaan yang dialami. Senario kegagalan di atas turut bererti mangsa gagal untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya. Lantaran itu, kajian ini dilaksanakan bagi meninjau aspek pampasan kerugian yang berlaku akibat kemalangan jalan raya di Malaysia serta kaedah alternatif yang dilaksanakan berdasarkan sistem Diat. Metod yang digunakan dalam usaha mengumpul data adalah melalui kaedah observasi, temubual separa struktur dan kajian kepustakaan. Data yang diperoleh dianalisis secara perbandingan dan kandungan. Hasil kajian mendapati sistem pemberian pampasan Islam menyediakan nilai diat yang tinggi melalui dana khas sebagai alternatif untuk membayar ganti rugi kepada mangsa yang gagal mendapatkan pampasan daripada pihak aqilah/insurans.

Item Type:Article
Keywords:Pihak ketiga; Kerugian dalam kemalangan jalan raya; Pampasan; Diat; Insurans
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:16142
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Feb 2021 06:46
Last Modified:09 Feb 2021 23:50

Repository Staff Only: item control page