Salahnyataan dalam urusan sewa beli tiga segi: hak dan remedi pengguna

Siti Noorafizah Azizan, (2020) Salahnyataan dalam urusan sewa beli tiga segi: hak dan remedi pengguna. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 27 . pp. 64-75. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
302kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1365

Abstract

Pelbagai pernyataan akan dibuat oleh peniaga atau pembekal semasa proses perundingan yang membawa kepada kemasukan kontrak sewa beli antara pemunya dan penyewa. Sekiranya pernyataan yang dibuat adalah sesuatu yang salah atau tidak benar, ini boleh memberikan hak remedi kepada pihak yang disampaikan salahnyataan tersebut. Kebiasaannya peniaga akan bertindak sebagai orang tengah yang menjalankan perundingan dengan bakal penyewa bagi pihak pemunya. Mahkamah sering berhadapan dengan masalah dalam menentukan remedi terhadap bakal penyewa apabila berlakunya salahnyataan dalam urusan sewabeli disebabkan sifat transaksi sewabeli yang dikenali sebagai sewabeli tigasegi (triangular transactions). Ini berlaku apabila urusan yang dibuat ke arah memasuki perjanjian melibatkan tiga pihak iaitu peniaga, penyewa dan pemunya iaitu pihak yang menawarkan pinjaman. Objektif penulisan ini adalah bagi membincangkan sejauh mana undang-undang sedia ada menyediakan perlindungan kepada pengguna apabila pihak peniaga atau pemunya melakukan salahnyataan yang membawa kepada kemasukan kontrak. Apakah hak-hak serta remedi penyewa seandainya terpengaruh dengan pernyataan salah oleh peniaga atau pemunya berkaitan dengan sesuatu fakta sehingga dia bersetuju untuk mendapatkan barang tersebut secara sewa beli. Metodologi yang digunakan ialah melalui pendekatan analitis dan kritis terhadap sumber-sumber primer dan sekunder, khususnya Akta Sewa Beli 1967bagi membincangkan isu-isu perlindungan pengguna dan kelemahan serta kelompangan dalam undang-undang sedia ada. Kajian mendapati terdapat kelompangan peruntukan Akta Sewa Beli 1967 dalam memberikan hak dan remedi kepada pengguna apabila berlaku salahnyataan, yang memerlukan rujukan kepada perundanganlain.

Item Type:Article
Keywords:Salahnyataan; Sewa beli; Remedi; Pengguna
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:16150
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Feb 2021 02:11
Last Modified:11 Feb 2021 00:37

Repository Staff Only: item control page