Hubungan antara cahaya matahari dengan penggunaan sel suria generasi ke-3 menurut al-Quran

Muhammad Hilmi Jalil, and Siti Nur Farhana Mohd Nasir, and Mohammad Ikhwan Ismail, and Mohd Yusof Haji Othman, and Mohd Asri Mat Teridi, (2020) Hubungan antara cahaya matahari dengan penggunaan sel suria generasi ke-3 menurut al-Quran. Sains Malaysiana, 49 (12). pp. 2963-2975. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
807kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid49bil12...

Abstract

Bahan api fosil yang lazim digunakan pada hari ini sebagai sumber tenaga memerlukan kos yang tinggi, mencemarkan alam sekitar dan akan habis pada masa akan datang. Salah satu sumber tenaga pilihan yang dapat menggantikan sumber tenaga fosil adalah tenaga yang dihasilkan oleh matahari. Justeru makalah ini membincangkan ilmu al-Qur’an yang berkaitan dengan tabii matahari, khususnya tentang sumber tenaga yang terhasil daripada kewujudan matahari. Makalah ini juga membincangkan integrasi antara ilmu al-Qur’an dengan sains dalam konteks penggunaan tenaga matahari. Perbincangan ini dikaitkan dengan penggunaan sel suria generasi ke-3 iaitu sel suria terpeka pewarna, sel suria organik dan sel suria perovskit. Kajian ini mendapati al-Quran menganjur manusia melakukan kajian tentang matahari, supaya manusia beroleh manfaat daripada matahari, dan dalam masa yang sama mengelak daripada mendapat kesan negatif daripada matahari. Antara manfaat matahari yang dinyatakan dalam al-Quran adalah penghasilan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Kegagalan manusia memahami tabii matahari dengan baik akan menyebabkan manusia ketinggalan dan gagal memanfaatkan nikmat Allah yang menciptakan matahari secara komprehensif.

Item Type:Article
Keywords:Al-Qur’an; Matahari; Sel suria organik (OSC); Sel suria perovskit (PSC); Sel suria terpeka pewarna (DSSC)
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:16161
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Feb 2021 05:54
Last Modified:13 Feb 2021 12:43

Repository Staff Only: item control page