Abdullah Abdul Samat, and Mahendra Rao Somalu, and Andanastuti Muchtar, and Hamimah Abd. Rahman, and Nafisah Osman, (2020) Pengaruh agen kimia berbeza terhadap penguraian terma dan pembentukan fasa bahan La0.6Sr0.4CoO3- δ yang disediakan melalui kaedah sol-gel. Sains Malaysiana, 49 (12). pp. 3197-3208. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid49bil12...
Abstract
Sifat penguraian terma dan pembentukan fasa bahan lantanum strontium kobalt oksida, La0.6Sr0.4CoO3-δ (LSC) yang disediakan melalui kaedah sol-gel berbantu agen kimia berbeza, iaitu agen serakan, agen pempolimeran dan agen permukaan aktif atau surfaktan telah dicirikan secara sistematik masing-masing melalui analisis termogravimetrik (TG) dan pembelauan sinar-X (XRD). Penguraian terma bahan organik dan bahan bukan organik yang tidak diperlukan dalam serbuk pelopor bahan LSC telah lengkap pada suhu kurang daripada 1000 °C bagi serbuk pelopor yang disediakan dengan menggunakan agen serakan dan agen pempolimeran, dan suhu melebihi 1000 °C bagi serbuk pelopor yang disediakan dengan menggunakan surfaktan. Sifat penguraian terma ini dipengaruhi oleh suhu pengeringan serbuk pelopor tersebut dan berat molekul agen kimia. Pembentukan fasa tunggal perovskit LSC telah disahkan dalam serbuk pelopor yang disediakan dengan menggunakan agen serakan, iaitu karbon teraktif dan agen pempolimeran, iaitu etilena glikol selepas serbuk pelopor tersebut dikalsin pada suhu 900 °C. Sebaliknya, fasa tunggal perovskit LSC tidak terbentuk secara lengkap dalam serbuk pelopor yang disediakan dengan menggunakan surfaktan (polietilena glikol, Triton-X-100, Brij-97 dan Tween-80) walaupun selepas serbuk pelopor tersebut telah dikalsin pada suhu yang lebih tinggi iaitu 1100 °C. Kepekatan surfaktan, nisbah molar surfaktan kepada logam kation dan nilai pH larutan bahan pelopor yang tidak sesuai telah menyumbang kepada keputusan tersebut.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Agen kimia; Pembentukan fasa; Penguraian terma; Sel fuel oksida pepejal; Sol-gel |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 16184 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Feb 2021 02:25 |
Last Modified: | 13 Feb 2021 14:30 |
Repository Staff Only: item control page