Hubungan antara lokasi sekolah rendah dan pengalaman mengajar guru bahasa Melayu sekolah rendah dengan amalan pengajaran mereka

Nor Hadibah Hushaini, and Zulkifli Osman, and Anida Sarudin, and Husna Faredza Mohamed Redzwan, and Werdiningsih, Dyah (2020) Hubungan antara lokasi sekolah rendah dan pengalaman mengajar guru bahasa Melayu sekolah rendah dengan amalan pengajaran mereka. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 10 (2). pp. 1-14. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
806kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Amalan Terbaik Pengajaran (ATP) merupakan amalan pengajaran guru yang memberi penekanan terhadap pengajaran berpusatkan murid. Kajian ini penting dijalankan kerana selaras dengan kehendak Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah KPM. Namun, kajian terhadap ATP guru, khususnya guru Bahasa Melayu kurang dilaksanakan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengkaji hubungan antara ATP guru Bahasa Melayu dengan lokasi sekolah dan pengalaman guru. Bagi memperoleh data, kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 160 guru Bahasa Melayu yang dipilih melalui teknik persampelan rawak berstrata berkadar. Soal selidik digunakan bagi mengkaji hubungan antara lokasi sekolah dan pengalaman guru dengan ATP guru Bahasa Melayu. Hasil kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara lokasi sekolah dengan keempat-empat prinsip ATP kecuali ATP berpusatkan murid berasaskan Pendekatan Autentik pada aras signifikan 0.01. Dapatan juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar guru dengan keempat-empat ATP berpusatkan murid kecuali Pendekatan Holistik pada aras signifikan 0.01.Kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan ATP dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah tidak berhubungan secara langsung dengan lokasi sekolah dan pengalaman mengajar guru, kecuali dua jenis pendekatan sahaja, iaitu Pendekatan Autentik dan Pendekatan Holistik. Kajian ini menunjukkan bahawa ATP tidak dipengaruhi oleh lokasi dan pengalaman guru.

Item Type:Article
Keywords:Amalan terbaik pengajaran; Pengajaran berpusatkan murid; Pendekatan autentik; Pendekatan holistik
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:16192
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2021 00:24
Last Modified:17 Feb 2021 16:14

Repository Staff Only: item control page