Marni Izzati Kamaruddin, (2020) Perbezaan tahap pengetahuan, penggunaan, dan penerimaan guru bahasa Melayu berdasarkan faktor umur dan pengalaman mengajar ketika mengaplikasikan persekitaran pembelajaran maya. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 10 (2). pp. 15-28. ISSN 2180-4842
|
PDF
795kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan, penggunaan dan penerimaan guru Bahasa Melayu sekolah menengah kebangsaan (SMK) di daerah Kuala Terengganu. Ketiga-tiga faktor ini diukur berdasarkan faktor umur dan pengalaman mengajar ketika mengaplikasikan persekitaran pembelajaran maya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian tinjauan menggunakan soal selidik telah dijalankan terhadap 147 orang guru Bahasa Melayu di 16 buah SMK di daerah Kuala Terengganu. Analisis statistik inferensi, iaitu ANOVA dan korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan antara konstruk yang dikaji. Hasil dapatan ANOVA menunjukkan bahawa guru yang berumur antara 25 hingga 35 tahun mempunyai tahap pengetahuan, penggunaan dan penerimaan yang tinggi dalam mengaplikasikan persekitaran pembelajaran maya dalam PdP. Sebaliknya guru Bahasa Melayu yang berumur dan mempunyai pengalaman mengajar mengajar kurang mengaplikasikan perserkitaran pembelajaran maya di dalam kelas Bahasa Melayu. Mereka juga kurang pengetahuan tentang persekitaran pembelajaran maya dan lebih suka mengajar secara konvensional. Kesimpulannya, masih terdapat perbezaan umur dan pengalaman mengajar dalam mengaplikasikan persekitaran pembelajaran maya dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Jurang pengetahuan, penggunaan dan penerimaan pelbagai aplikasi TMK ini perlu diatasi agar pelaksanaannya di dalam kelas dilaksanakan oleh semua guru tanpa dibatasi faktor umur dan pengalaman mengajar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tahap pengetahuan; Tahap penerimaan; Guru Bahasa Melayu; Persekitaran pembelajaran maya; Pengajaran bahasa Melayu |
Journal: | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ) |
ID Code: | 16193 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Feb 2021 00:31 |
Last Modified: | 18 Feb 2021 01:29 |
Repository Staff Only: item control page