Nurul Ashikin Md. Yatim, and Chew, Fong Peng and Zuraidah Abdullah, (2020) Tahap pengetahuan pedagogi kandungan guru bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 10 (2). pp. 43-53. ISSN 2180-4842
|
PDF
751kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...
Abstract
Fokus perbincangan menjurus kepada pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) yang perlu dikuasai setiap guru bahasa Melayu. PPK merujuk kepada pengetahuan kurikulum, pengetahuan isi kurikulum, pengetahuan pedagogi mengajar, dan pengetahuan tentang ciri-ciri murid. Guru bahasa Melayu perlu mengambil kira perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan. Sehubungan itu, kajian tinjauan deskriptif ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pedagogi kandungan guru Bahasa Melayu. Sampel kajian terdiri daripada guru bahasa Melayu di daerah Klang yang telah dipilih secara rawak. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 31 item. Item-item ini dibahagikan kepada tiga konstruk iaitu pengetahuan pedagogi (13 item), pengetahuan kandungan (12 item) dan pengetahuan pedagogi kandungan (7 item). Analisis data statistik menjelaskan frekuensi berdasarkan peratusan dan min tahap pengetahuan pedagogi kandungan yang ditentukan oleh skala sela. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan tahap pengetahuan pedagogi kandungan guru bahasa Melayu berada pada tahap sederhana tinggi dengan min 3.83 dan sisihan piawai .632. Guru-guru bahasa Melayu perlu mengambil langkah yang proaktif bagi memastikan tahap pengetahuan pedagogi kandungan berada pada tahap yang tinggi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengetahuan pedagogi kandungan; Pengetahuan pedagogi; Pengetahuan kandungan; Guru bahasa Melayu; Sekolah rendah |
Journal: | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ) |
ID Code: | 16195 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Feb 2021 00:40 |
Last Modified: | 18 Feb 2021 01:46 |
Repository Staff Only: item control page