Tahap penguasaan membaca dan menulis murid B40 dari perspektif guru bahasa Melayu

Rohaidah Mazlan, and Norziah Amin, and Mohd Zaki Abd. Rahman, and Zamri Mahamod, (2020) Tahap penguasaan membaca dan menulis murid B40 dari perspektif guru bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 10 (2). pp. 54-73. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
753kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid daripada keluarga B40 dari perspektif guru Bahasa Melayu. Seramai empat (4) orang guru Bahasa Melayu yang mengajar murid-murid B40 ini juga ditemu bual. Seramai dua orang guru Bahasa Melayu mengajar di SMKA dan dua orang guru Bahasa Melayu lagi mengajar di SMKB. Peserta kajian guru Bahasa Melayu terdiri daripada tiga orang guru perempuan dan satu orang guru lelaki. Kesemua guru Bahasa Melayu ialah guru berpengalaman mengajar di antara 11 hingga 25 tahun. Temu bual berstruktur digunakan sebagai instrumen kajian. Data temu bual dianalisis secara naratif di mana tema yang ditemui adalah berdasarkan soalan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua murid B40 kaum Cina, India dan Melayu ini mempunyai tahap penguasaan membaca dan menulis sangat terhad dan terhad. Murid B40 Cina paling lemah kemahiran membaca dan menulis. Bagi guru Bahasa Melayu, murid B40 Cina paling lemah dan kurang lancar membaca dan menulis, diikuti murid B40 India dan murid B40 Melayu. Guru Bahasa Melayu menyatakan faktor sikap merupakan faktor utama murid-murid B40 tidak tahu membaca, terutamanya murid B40 Cina. Kesimpulannya, faktor sikap murid dan sokongan ibu bapa B40 dapat membantu murid-murid B40 untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik.

Item Type:Article
Keywords:Penguasaan membaca; Penguasaan menulis; Murid B40; Guru bahasa Melayu; Sekolah menengah
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:16196
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2021 00:45
Last Modified:18 Feb 2021 01:48

Repository Staff Only: item control page