Perbezaan jantina dan pengalaman mengajar guru bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina terhadap pengajaran pendidikan keselamatan jalan raya

Ngo, Jie Sheng (2020) Perbezaan jantina dan pengalaman mengajar guru bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina terhadap pengajaran pendidikan keselamatan jalan raya. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 10 (2). pp. 82-92. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
627kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat kesediaan guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) daerah Batu Pahat terhadap pengajaran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR). Secara khusus, kajian ini bertujuan melihat perbezaan antara tahap kesediaan guru Bahasa Melayu dalam pengajaran PKJR dengan jantina dan pengalaman mengajar guru. Kesediaan guru diukur daripada tiga konstruk kajian, iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Bahasa Melayu (SJKC) tersebut. Seramai 203 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di 36 buah SJKC di daerah Batu Pahat dijadikan responden kajian. Soal selidik digunakan sebagai alat pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan statistik inferensi (ujian ANOVA) bagi melihat hubungan dan perbezaan pemboleh ubah kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan guru dalam pengajaran PKJR terhadap aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dengan pengalaman mengajar, tetapi tidak dari aspek jantina guru. Implikasi kajian ialah tahap pengalaman mengajar penting dalam menyampaikan ilmu PKJR supaya murid-murid boleh menggunakan pengetahuan, kemahiran dan sikap positif ketika menggunakan jalan raya. Dengan cara ini, matlamat PKJR akan tercapai apabila rakyat Malaysia berhemah semasa menggunakan jalan raya.

Item Type:Article
Keywords:Pendidikan Keselamatan Jalan Raya; Pengalaman mengajar; Jantina guru; Sekolah jenis kebangsaan
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:16198
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2021 00:56
Last Modified:18 Feb 2021 01:30

Repository Staff Only: item control page