Penyebaran variasi leksikal ‘kapal’ dalam dialek Melayu Siam di Satun, Thailand: analisis geolinguistik

Adriana Santa Anak Tinggom, and Nor Hashimah Jalaluddin, and Junaini Kasdan, (2021) Penyebaran variasi leksikal ‘kapal’ dalam dialek Melayu Siam di Satun, Thailand: analisis geolinguistik. International Journal of the Malay World and Civilisation, 9 (1). pp. 47-57. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-9-bil-1/

Abstract

Setiap dialek mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Demikian juga dengan dialek Melayu Siam yang dituturkan di Satun, Thailand. Oleh yang demikian, kajian ini berfokus kepada penyebaran leksikal ‘kapal’ dalam dialek Melayu Siam di Satun daripada aspek geolinguistik. Kajian ini juga turut melihat faktor-faktor yang mempengaruhi penyebaran leksikal ini. Kajian ini dilakukan di Satun, Thailand yang melibatkan 5 buah mukim iaitu mukim Cha Lung, mukim Chebilang, mukim Bankhuan, mukim Tan Yong Poo dan juga mukim Tammalang. Kajian lapangan ini melibatkan 240 informan yang terdiri daripada golongan muda, golongan dewasa dan golongan tua. Data yang diperoleh dimasukkan ke dalam perisian ArcGis untuk dianalisis dan menghasilkan peta choropleth. Daripada hasil kajian didapati bahawa terdapat 6 variasi leksikal ‘kapal’ yang dijumpai dalam data yang dianalisis. Variasi leksikal ‘kapal’ yang dihasilkan melalui kajian ini adalah [kapa],[bot],[perahu],[pahu] dan [kapa]. Selain itu, kewujudan variasi leksikal ‘kapal’ ini adalah disebabkan faktor non-linguistik seperti persempadanan dan faktor sejarah telah menyumbang kepada kepelbagaian varian leksikal ‘kapal’. Pengaplikasian GIS telah membantu menghasilkan peta taburan choropleth bagi leksikal ‘kapal’ di Satun.

Item Type:Article
Keywords:Dialek; Satun; Dialek Melayu Siam; Geolinguistik; GIS
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:16203
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2021 02:34
Last Modified:18 Feb 2021 02:21

Repository Staff Only: item control page