Amalan Service-Learning berdasarkan falsafah dan matlamat pendidikan dalam Islam

Norain Azlan, and Najah Nadiah Amran, and Hamdi Ishak, (2020) Amalan Service-Learning berdasarkan falsafah dan matlamat pendidikan dalam Islam. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 (2). pp. 23-33. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
455kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1358

Abstract

Islam menekankan penghasilan insan beriman, mempunyai jati diri unggul dan berusaha membangunkan agama dan negara. Islam mengangkat usaha khidmat kepada masyarakat sebagai ibadah. Malah, Islam adalah agama rahmat dan dakwah ke arah kebaikan dan perubahan positif dalam masyarakat. Artikel ini bertujuan menjelaskan peranan pembelajaran berasaskan khidmat bersama masyarakat (Service-Learning) dari perspektif falsafah dan matlamat pendidikan dalam Islam. Falsafah dan matlamat pendidikan dalam Islam menekankan keperluan kepada pengalaman pembelajaran secara teori dan praktikal dengan hasrat melahirkan insan bermanfaat. Service-Learning (S-L) menawarkan pengalaman pembelajaran yang bermakna secara teori dan praktikal melalui berkhidmat untuk masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah kajian literatur secara sistematik (systematic review) dengan mengumpulkan kajiankajian amalan S-L di beberapa negara bermula dari tahun 1995 hingga 2019. Kajian mendapati Islam memberikan penekanan terhadap pembelajaran berasaskan khidmat kepada masyarakat. Malah ia menjadi sebahagian tujuan ke arah pengabdian dan islah dalam masyarakat. Selain itu juga, terdapat impak positif daripada S-L dari perspektif Islam. Secara khususnya S-L membentuk keperibadian Muslim, menerapkan kesedaran dan nilai tanggungjawab sosial dan impak keagamaan menerusi dakwah. Oleh itu S-L dicadangkan agar lebih diperkasakan perlaksanaannya dalam kursus dan program pengajian Islam.

Item Type:Article
Keywords:Experiential-learning; Falsafah pendidikan Islam; HIEPs; Matlamat pendidikan dalam Islam; Service-learning; Quran dan Hadith
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:16208
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Feb 2021 03:01
Last Modified:20 Feb 2021 17:05

Repository Staff Only: item control page