Idea pemikiran pluralisme agama dalam penulisan buku Indie ‘Aku..., Maka Aku Ada’ dan ‘Antithesis’

Muhamad Faisal Ashaari, and Rosmawati Mohamad Rasit, and Lily Yaacob, (2020) Idea pemikiran pluralisme agama dalam penulisan buku Indie ‘Aku..., Maka Aku Ada’ dan ‘Antithesis’. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 (2). pp. 49-60. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
292kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1358

Abstract

Penulisan buku Indie berteraskan kepada idea kebebasan yang meliputi konsep keterbukaan, kesamarataan dan toleransi. Dengan sifat kebebasan ini, genre penulisan ini terdedah dengan pemikiran pluralisme agama melalui sifat penerbitan mandiri. Dalam menganalisis elemen pluralisme agama dalam buku Indie, tiga parameter digunakan iaitu; semua agama menuju Tuhan yang sama tetapi melalui jalan dan cara yang pelbagai, semua manusia tanpa mengira kedudukan agama berhak menerima balasan syurga asalkan mereka melakukan kebaikan, dan tiada kebenaran mutlak pada mana-mana agama. Sebanyak dua karya yang dipilih sebagai sampel kajian untuk menganalisis sejauh manakah pemikiran pluralisme agama digarap dalam penulisan buku indie karya Faisal Tehrani “Aku…, Maka Aku Ada” dan karya Benz Ali “Antithesis”. Hasil kajian mendapati kedua-dua buah buku ini mengandungi ketiga-tiga parameter yang telah ditetapkan. Buku yang pertama mengandungi tujuh perkara yang secara jelas selari dengan pluralisme agama manakala buku yang kedua pula mempunyai lima perkara. Dua karya ini mempunyai trend tersendiri dalam mengkritik dan mengangkat isu-isu kemasyarakatan yang menyentuh aspek akidah dan agama, tetapi olahan yang digunakan mengandungi elemen pluralisme agama.

Item Type:Article
Keywords:Pluralisme agama; Indie genre; Penerbitan mandiri; Kebebasan
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:16210
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Feb 2021 03:20
Last Modified:20 Feb 2021 17:08

Repository Staff Only: item control page