Al-Muslim Mustapa @ Ab Rahim, and Zulkifli Nawawi, and Salamiah Ab. Ghani, and Maryam Abdul Rahman, and Zuraida Shaadon, and Nur Syazwina Mustapa, (2020) Keberkesanan pendekatan Narrow Reading terhadap kefahaman membaca teks Islamik. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 (2). pp. 85-92. ISSN 0216-5636
|
PDF
286kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1358
Abstract
Pelajar pengajian Islam perlu cekap menguasai sumber primer bidang pengajian Islam yang hampir keseluruhannya dalam bahasa Arab. Hal ini boleh direalisasikan melalui pembentukan dasar pengajaran dan pembelajaran pengajian Islam yang betul. Pendekatan Narrow Reading (NR) adalah salah satu teknik pemilihan teks bacaan ekstensif yang bertujuan meningkatkan kecekapan membaca berdasarkan topik atau bidang tertentu. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan teknik NR dalam meningkatkan kefahaman membaca teks Islamik oleh pelajar pengajian Islam. Seramai 47 pelajar fakulti pengajian Islam telah dipilih sebagai sampel. Reka bentuk kajian eksperimental digunakan dengan melaksanakan intervensi kepada sampel kajian. Hasil kajian diperolehi menerusi analisis Paired t-test dan eta squared. Dapatan menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam kefahaman teks Islamik setelah intervensi NR diterapkan dan saiz kesan intervensi juga besar. Dapatan diperkukuhkan dengan analisis linguistik teks bacaan yang digunakan. Kajian mendedahkan beberapa implikasi penting dan mencadangkan kajian lanjutan sebagai kesahan keberkesanan teknik NR kepada pelajar pengajian Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Narrow Reading; Kemahiran membaca; Kefahaman membaca; Pengajian Islam; Bacaan ekstensif |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 16213 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 15 Feb 2021 04:20 |
Last Modified: | 20 Feb 2021 17:12 |
Repository Staff Only: item control page