Konsep al-Tauhid al-Suhudi dalam tafsir al-Jilani

Shamsul Mohd Nor, and Mazlan Ibrahim, and Faudzinaim Badruddin, (2020) Konsep al-Tauhid al-Suhudi dalam tafsir al-Jilani. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 (2). pp. 93-102. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
334kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1358

Abstract

Kitab tafsir karangan Shaykh c Abd al-Qadir al-Jilani yang berjudul al-Fawatih al-Ilahiyat wa al-Mafatih alGhaibiyat al-Muwaddihat lil al-Kalim al-Qur’aniyah wal al-Hikam al-Furqaniyah atau Tafsir al-Jilani telah menggunakan kefahaman tauhid dan tasawuf sebagai metodologi asas dalam pentafsiran ayat-ayat al-Quran. Objektif kajian adalah untuk melihat aplikasi teori Tauhid menurut pandangan ahli tasawuf yang dikenali sebagai al-Tauhid alShuhudi dalam kitab tafsir tersebut. Teori al-Tauhid al-Shuhudi ini dibahagikan kepada empat kefahaman kehampiran seseorang menuju alam ketuhanan iaitu pertama, Tauhid al-Afc al, kedua, Tauhid al-Asma, ketiga, Tauhid al-Sifat dan keempat, Tauhid al-Dhat. Al-Tauhid al-Shuhudi ini adalah lebih tinggi dari al-Tauhid al-Istidlali (teori Tauhid yang hanya berpegang pada dalil tanpa pengalaman bertauhid) kerana pada peringkat ini keyakinan secara teori (c Ilm alYakin) telah bertukar kepada keyakinan secara amali (Mushahadah) iaitu c Ain al-Yakin dan Haq al-Yakin. Keyakinan sedemikian telah dibuktikan dengan penglihatan matahati (basirah) dan Mushahadah. Tauhid jenis ini juga disebutkan sebagai gabungan disiplin ilmu tauhid dan tasawuf iaitu mengaplikasikan teori tauhid dalam perjalanan tasawuf yang dijadikan asas dalam kitab Tafsir al-Jilani. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif berasaskan kajian kepustakaan . Karya utama al-Jilani telah dianalisa sehingga diperolehi penggunakan al-Tauhid al-Shuhudi sebagai kaedah bagi menjelaskan hubungan tauhid dengan isi al-Quran al-Karim. Hasil kajian ini menjelaskan applikasi alTauhid al-Shuhudi dalam pentafsiran ayat-ayat al Qur’an untuk mencari makna yang tersirat yang dihurai secara falsafah Tauhid yang terzahir pada jiwa manusia melalui Ahwal dan Maqamat. Dari hal tersebut, lahirlah kesedaran bertuhan yang menjadi teras dalam kehidupan, asas kewujudan dan kejelasan dalam tujuan penciptaan manusia melalui kefahaman penafsiran al-Qur’an secara Ishari.

Item Type:Article
Keywords:Tauhid al-Shuhudi; Tafsir al-ishari; Mushahadah; Ahwal; Maqamat
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:16214
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Feb 2021 04:25
Last Modified:20 Feb 2021 17:13

Repository Staff Only: item control page