Pemikiran pembaharuan Surin Pitsuwan dalam membangunkan sosiopolitik Muslim di Thailand

Muhamad Razak Idris, and Haziyah Hussin, and Farid Mat Zain, (2020) Pemikiran pembaharuan Surin Pitsuwan dalam membangunkan sosiopolitik Muslim di Thailand. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 (2). pp. 125-135. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
312kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1358

Abstract

Surin Pitsuwan (1949-2017) ialah salah seorang tokoh politik Muslim Thai yang dihormati di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa. Kepemimpinan politik Surin yang cemerlang di Thailand dan di peringkat Asia Tenggara menonjolkan gagasan pemikiran pembaharuan beliau ke arah membina kemajuan umat Islam di pentas global. Surin menggunakan wadah politik dan pendidikan bagi menggembangkan dan melaksanakan idea-idea pembaharuan terutama dalam membangunkan komuniti Muslim Thailand agar dihormati. Kajian ini mendedahkan latar keperibadian Surin, mengentengahkankan idea-idea utama pembaharuan masyarakat dan menilai implikasi dan sumbangan Surin terhadap pembangunan sosio-politik dan ekonomi masyarakat Muslim Thai khususnya dan kepada umat Islam di Asia Tenggara. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif secara lapangan bersandarkan dokumen, pemerhatian dan temu bual sebagai kaedah pengumpulan data. Data kajian dianalisis secara deskriptif. Kajian ini merumuskan ideaidea pembaharuan Surin dalam konteks mengangkat kedudukan umat Islam Thailand tertumpu kepada pembangunan nilai dan dasar kesaksamaan dalam pentadbiran dan kebudayaan. Selain itu, penekanan turut diberikan kepada tuntutan penerimaan dan penyesuaian secara positif dan harmoni oleh masyarakat Islam semasa terutama di Thailand bagi mendepani cabaran tamadun masa kini serta tuntutan pembinaan institusi pendidikan yang kukuh, terbuka dan bersepadu demi melahirkan generasi Muslim berdaya saing. Ketokohan dan sumbangan Surin dalam pembangunan sosio-politik dan ekonomi umat Islam Thailand besar. Pencapaian keperibadiannnya dalam bidang pendidikan dan karier politik menjadi satu sumber inspirasi kepada generasi muda Muslim di Thailand untuk menjayakan pembangunan diri demi mengangkat kedudukan umat Islam Thailand yang dihormati dalam segenap aspek kehidupan dan kenegaraan di pentasi dunia yang mencabar hari ini.

Item Type:Article
Keywords:Pembaharuan Islam; Asia Tenggara; Minoriti Muslim, Surin Pitsuwan, Thailand
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:16217
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Feb 2021 06:59
Last Modified:20 Feb 2021 17:17

Repository Staff Only: item control page