Pendekatan dan pengaplikasian motivasi agama dalam modul pembangunan diri remaja: kajian terhadap Program Motivasi Alihan Pelajar (MAP)

Nur Shahidah Pa’ad, and Sayyid Buhar Musal Kassim, and Abdul Rahman Z, (2020) Pendekatan dan pengaplikasian motivasi agama dalam modul pembangunan diri remaja: kajian terhadap Program Motivasi Alihan Pelajar (MAP). Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 (2). pp. 137-146. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
364kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1358

Abstract

Remaja adalah suatu fasa dalam peringkat kehidupan yang perlu diberi perhatian. Ketidakstabilan keadaan psikologikal remaja boleh menimbulkan pelbagai konflik dan kecelaruan sekiranya tidak diurus dengan baik. Dalam suatu proses pembangunan diri, remaja akan berdepan dengan pelbagai cabaran yang berupaya menjejaskan motivasi diri mereka. Justeru, suntikan motivasi agama yang bersifat komprehensif dan sistematik amat diperlukan. Dengan menggunakan metode analisis kandungan secara holistik dan pemerhatian, kertas ini akan menghuraikan pendekatan motivasi agama berserta pengaplikasiannya menerusi modul pembangunan diri remaja dalam Program Motivasi Alihan Pelajar. Berdasarkan analisis, kesemua sebelas slot yang terkandung dalam modul tersebut telah menggunakan pendekatan motivasi agama yang terdiri daripada langkah pertama iaitu; pengurusan emosi dan pemikiran dan langkah kedua; konsistensi amal. Kajian ini merumuskan, intervensi pembangunan diri remaja melalui dua pendekatan motivasi agama ini didapati lebih komprehensif dan integratif sesuai dengan keperluan psikologikal remaja. Justeru pendekatan ini amat wajar diaplikasikan dalam membantu proses pembangunan diri remaja secara holistik.

Item Type:Article
Keywords:Motivasi agama; Pembangunan diri; Remaja; Motivasi Alihan Pelajar
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:16218
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Feb 2021 07:04
Last Modified:20 Feb 2021 17:19

Repository Staff Only: item control page