Penerimaan pengajian takmir di institusi masjid sebagai pembelajaran sepanjang hayat (PSH) bagi pengukuhan kefahaman Islam dalam masyarakat Muslim

Abd Hadi Borham, and Mohamad Marzuqi Abdul Rahim, and Wahyu Hidayat Abdullah, and Abdul Ghafar Don, (2020) Penerimaan pengajian takmir di institusi masjid sebagai pembelajaran sepanjang hayat (PSH) bagi pengukuhan kefahaman Islam dalam masyarakat Muslim. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 (2). pp. 147-161. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
378kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1358

Abstract

Pengajian takmir di masjid merupakan salah satu bentuk pembelajaran sepanjang hayat (PSH) yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 1985. Ia telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pengukuhan kefahamaan Islam dalam masyarakat Islam di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penerimaan responden terhadap bahan dan metod pengajaran dalam pengajian takmir di institusi masjid. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif. Sebanyak 30 buah masjid di negeri Selangor sampel telah dipilih dengan menggunkan kaedah persampelan rawak kluster. Seramai 400 responden telah dipilih di tiga zon daerah masjid kariah negeri Selangor. Data kajian telah dikumpul menggunakan menggunakan soal selidik. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan nilai kekerapan, peratus, purata min dan analisis varian sehala (ANOVA). Hasil kajian mendapati penerimaan responden terhadap mawduk dalam pembelajaran akidah dengan nilai purata min di tahap tinggi (min = 3.90), penerimaan mawduk dalam pembelajaran ibadah dengan purata min di tahap tinggi (min = 4.03), penerimaan mawduk dalam pembelajaran akhlak dengan purata min di tahap tinggi (min = 3.98), penerimaan mawduk dalam pembelajaran hadith dan tafsir dengan nilai purata min di tahap sederhana tinggi (min = 3.69), dan penerimaan mawduk dalam pembelajaran sirah dengan nilai purata min di tahap sederhana tinggi (min = 3.69). Dapatan kajian turut mendapati penerimaan responden terhadap metod pengajaran pengajar dengan nilai purata min di tahap sederhana (min = 3.58). Terdapat perbezaan yang signifikan kekerapan responden mengikuti pengajian takmir masjid dengan bahan yang disediakan (P = 0.007, P<0.05) dan metod pengajaran yang disampaikan (P = 0.035, P<0.05). Implikasi kajian menunjukkan pengajian takmir masjid telah diterima dengan baik dalam masyarakat Islam kerana memberikan nilai penting kepada pembelajaran sepanjang hayat (PSH) bagi mengukuhkan kehidupan beragama. Justeru pengajian takmir masjid yang dijalankan harus menyusun secara sistematik terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan kurikulum, bahan pengajaran kepada peserta dan latihan pengajar agar ia memberikan kesan yang positif kepada masyarakat Islam.

Item Type:Article
Keywords:Pengajian takmir; Institusi masjid; Pembelajaran sepanjang hayat (PSH); Kefahaman Islam; Metod pengajaran
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:16219
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Feb 2021 07:10
Last Modified:20 Feb 2021 17:20

Repository Staff Only: item control page