Kamal Faezi Mahzir, and Ermy Azziaty Rozali, (2020) Analisis sumber ekonomi pada era pemerintahan Rasulullah SAW di Madinah. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 12 . pp. 1-14. ISSN 2229-8924
|
PDF
437kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1265
Abstract
Setiap pemerintah atau kerajaan memerlukan sumber pendapatan untuk menjalankan tadbir urus, mengekalkan penguasaan politik, membangunkan ekonomi dan mewujudkan kesejahteraan sosial. Malahan belanjawan dalam urus tadbir ditentukan berdasar pendapatan yang diperoleh dalam suatu tempoh jangka masa tertentu. Perbincangan yang telah timbul sejak pemerintahan kerajaan terdahulu adalah mengenai sumber ekonomi yang terhad, sistem kutipan secara bersistematik, pengurusan dana untuk pembangunan ekonomi serta pengagihan kekayaan secara adil dan saksama. Dalam hal ini, Islam meletakkan asas pentadbiran serta prinsip yang perlu dipatuhi oleh setiap pemerintah, malahan sumber-sumber ekonomi yang dipungut haruslah bertepatan dengan syariat Islam. Justeru, penulisan ini bertujuan membincangkan sumber-sumber ekonomi yang diperoleh pada zaman pemerintahan Rasulullah SAW di Madinah kerana pengurusan sumber ekonomi yang dijalankan oleh baginda telah menjadi panduan kepada pemerintahan negara pada hari ini. Penulisan ini menggunakan kaedah analisis kandungan dan kajian kepustakaan. Keperluan terhadap penelitian secara menyeluruh dan terperinci dikehendaki daripada data yang diperoleh, dikumpulkan dan akan dianalisis sehingga mencapai objektif berdasarkan kepada aspek yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan bahawa berpandukan kepada syariat Islam iaitu al-Qur’an dan Sunnah serta pemerintahan baginda sebagai contoh teladan, boleh menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor ekonomi, keadilan sosial dan kesaksamaan dalam pengagihan kekayaan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Islam; International relations; Anarchy; Cooperation-economic exploitation; Agentstructure |
Journal: | Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies |
ID Code: | 16223 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 16 Feb 2021 02:11 |
Last Modified: | 20 Feb 2021 17:24 |
Repository Staff Only: item control page