Pengaruh Gerakan Islah Rahmah Al-Yunusiyyah di Tanah Melayu

Nur Adila Mohamad, and Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, (2020) Pengaruh Gerakan Islah Rahmah Al-Yunusiyyah di Tanah Melayu. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 12 . pp. 15-35. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
400kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1265

Abstract

Gerakan Islah merupakan sebuah gerakan yang merujuk kepada pembaharuan dalam cara berfikir dan cara hidup umat Islam. Gerakan islah muncul di Timur Tengah dan berkembang di pelosok dunia termasuklah di wilayah nusantara dan melahirkan ramai ulama. Antara ulama islah ialah Rahmah al-Yunusiyah. Beliau merupakan seorang wanita beketurunan Minangkabau yang menjadi tokoh islah dalam bidang pendidikan Islam di Indonesia. Kehebatan Rahmah al-Yunusiyyah sebagai tokoh pembaharuan pendidikan Islam mendorong beberapa pengkaji melabel beliau sebagai mujaddid. Beliau telah mencurahkan tenaga dan idea-idea yang tidak ternilai dalam melakukan pelbagai reformasi (tajdid) di Minangkabau terutamanya dalam bidang pendidikan wanita. Walaupun beliau tidak keluar daripada daerah Minangkabau untuk menuntut ilmu, beliau mampu untuk menguasai pelbagai bidang keilmuan dan kemahiran. Usaha beliau bukan sahaja mendapat tempat dalam masyarakat di Minangkabau malahan di luar Indonesia seperti Malaysia. Ramai tokoh wanita yang lahir di Malaysia disebabkan oleh didikan beliau. Ketokohan beliau dalam bidang pendidikan sehingga Rektor al-Azhar mengagumi hasil usaha beliau iaitu Diniyah Putri. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneliti kesan gerakan islah Rahmah al-Yunusiyyah di Tanah Melayu. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kajian sejarah dan analisis kandungan. Pengaruh Rahmah al-Yunusiyyah jelas kelihatan kepada perjuangan-perjuangan anak murid beliau di Tanah Melayu dan berjaya menempa nama di Malaysia seperti Tan Sri Datin Paduka Seri Dr. Hjh. Aishah Ghani, Datin Sakinah Junid dan Shamsiah Fakeh. Bahkan, terdapat beberapa buah sekolah di Malaysia juga mengambil inspirasi dan menjadikan Diniyah Putri sebagai model kepada penubuhan sekolah agama perempuan di Malaysia seperti Madrasah Diniyah Putri, Kampung Lalang.

Item Type:Article
Keywords:Gerakan Islah; Rahmah al-Yunusiyyah; Tanah Melayu
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:16224
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Feb 2021 02:24
Last Modified:20 Feb 2021 17:27

Repository Staff Only: item control page