Kaedah retorika Arab dalam tradisi keilmuan Melayu: teori ‘alaqat al-majaz al-mursal menerusi catatan Nadir Ahmad Al-Fatani

Amer Hudhaifah Hamzah, (2020) Kaedah retorika Arab dalam tradisi keilmuan Melayu: teori ‘alaqat al-majaz al-mursal menerusi catatan Nadir Ahmad Al-Fatani. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 12 . pp. 36-60. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
725kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1265

Abstract

Hasil tulisan Ahmad al-Fatani, pada penghujung abad ke-19, sehingga kini tidak pernah lekang dari menyajikan pelbagai gagasan teori yang secara signifikan menunjukkan kemajuan bangsa Melayu dalam pelbagai bidang Islam. Melalui beliau, perbahasan al-majaz al-mufrad berkembang pesat, seperti dapat dilihat menerusi karya kecilnya yang berjudul Nazm ‘Alaqat al-Majaz. Manuskrip nadir yang diyakini merupakan hasil tangan asli beliau ini masih tersimpan dalam koleksi Muzium Kesenian Islam Malaysia dengan kod pengenalan IAMM 1998.1.216. Keunikan catatan ini mendorong agar dijalankan sebuah kajian tahqiq, di samping penelitian isi kandungannya yang menyimpan pendapat ganjil ulama al-bayan menerusi 25 ‘alaqat al-majaz al-mursal. Kajian mengaplikasikan teori Tahqiq al-Munajjid (1987) dengan pengubahsuaian berdasarkan kaedah Filologi Barat. Metode penyelenggaraan Naskhah Tunggal edisi standar penting bagi menyesuaikan teori al-Munajjid dengan dengan kondisi sebenar teks Nazm. Hasilnya, polemik mengenai bilangan ‘alaqat al-majaz al-mursal sudah tidak lagi timbul dalam kalangan tokoh sezaman. Tetapi kewujudan dua halaman karya Nazm ‘Alaqat al-Majaz membuktikan keunggulan Ahmad al-Fatani kerana berani mengetengahkan semula topik itu sebagai harta intelek yang wajar dilestarikan. Menerusi karya Nazm, Ahmad al-Fatani melengkapkan perbincangan sebuah karyanya, Risalat al-Isti‘arat, apabila menghuraikan baki 19 ‘alaqat yang tidak dinyatakan, seperti (1) al-aliyyah, (2) al-mujawarah, (3) al-awl, (4) al-lazimiyyah, (5) al-malzumiyyah, (6) al-‘umum dan (7) al-khusus. Analisis menunjukkan, terdapat hubung kait yang jelas antara karya al-Baydawi (dari kalangan fuqaha), al-Qazwini dan al-Sabban dengan teori yang digarap oleh Ahmad al-Fatani yang menunjukkan pengaruh ketiga-tiga ilmuan itu sangat besar, terutamanya kerana budaya tempat pengajian beliau di kota Kaherah, Mesir pada tahun 1868 hingga 1879.

Item Type:Article
Keywords:Retorika Arab; Ilmu al-bayan; Tahqiq manuskrip; ‘alaqat al-majaz al-mursal; Ahmad al-Fatani
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:16225
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Feb 2021 02:32
Last Modified:20 Feb 2021 17:28

Repository Staff Only: item control page