Terjemahan ideogram tumbuh-tumbuhan dalam antologi puisi ‘Ayn ke bahasa Arab

Ijlal Saja @ Mearaj, and Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, and Maheram Ahmad, and Nurshaza Farah Md Sharif, (2020) Terjemahan ideogram tumbuh-tumbuhan dalam antologi puisi ‘Ayn ke bahasa Arab. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 12 . pp. 104-117. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
668kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1265

Abstract

Karya sastera puisi dapat diperluas hingga ke peringkat antarabangsa dengan menterjemahkannya ke dalam bahasa asing. Walaupun cara ini memberi impak besar kepada Malaysia, tetapi kajiannya masih pada tahap yang rendah. Malah genre puisi paling sukar untuk diterjemahkan. Hal ini disebabkan puisi itu sendiri sarat dengan bahasa kiasan dan sangat berkait rapat dengan penggunaan ideogram. Oleh itu kajian ini bertujuan menginterpretasikan maknasebenar ideogram tumbuh-tumbuhan dalam antologi puisi ‘Ayn karya Kemala. Selain itu, untuk menganalisis kaedah penterjemahan ideogram tumbuh-tumbuhan ke bahasa Arab dalam puisi tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan analisis kandungan. Pemilihan sampel ideogram dalam puisi ‘Ayn menggunakan kaedah pensampelan bertujuan Bagi interpretasikan makna sebenar ideogram tumbuh-tumbuhan, teori relevan digunakan. Manakala gabungan penterjemahan ideogram dalam puisi pula digunakan bagi menganalisis kaedah penterjemahan ideogram. Hasil kajian menunjukkan bahawa terjemahan dilakukan secara lebih mudah dan senang difahami oleh pembaca sasaran dan penggunaan teknik penterjemahan ideogram didapati sesuai tanpa mengubah makna sebenar. Cadangan kajian akan datang agar dilihat daripada aspek analisis pemindahan bentuk puisi daripada bahasa Melayu kepada bahasa Arab.

Item Type:Article
Keywords:Terjemahan ideogram; Tumbuh-tumbuhan; Bahasa Arab
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:16229
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Feb 2021 03:07
Last Modified:20 Feb 2021 18:06

Repository Staff Only: item control page