Analisis naratif kerajaan Banu Marin (1215-1465M) di al-Maghrib menurut cerminan sumber primer dan sekunder terpilih

Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashar, and Ezad Azraai Jamsari, and Mohd Hafiz Safiai, (2020) Analisis naratif kerajaan Banu Marin (1215-1465M) di al-Maghrib menurut cerminan sumber primer dan sekunder terpilih. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 12 . pp. 230-251. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
506kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1265

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis sejarah kemunculan dan perkembangan Kerajaan Banu Marin berdasarkan beberapa sumber primer dan sekunder. Selain itu, ia turut melihat skop dan ruang perbincangan sumber-sumber tersebut dalam menghuraikan sejarah Kerajaan Banu Marin. Analisis naratif dalam kajian ini memberi erti pemerian dan pemerihalan aspek pengajaran penceritaan daripada catatan sumber-sumber terpilih berkenaan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi instrumen analisis kandungan dan ulasan literatur. Hasil kajian mendapati perbincangan sejarah Kerajaan Banu Marin dalam sumber-sumber primer berbahasa Arab lebihtertumpu pada perkembangan politik. Manakala, sumber-sumber sekunder, berbahasa Arab dan Inggeris, menghuraikan sejarah Kerajaan Banu Marin dalam skop lebih luas mencakupi aspek politik, ekonomi dan sosial. Kajian seperti ini adalah amat relevan dan signifikan kerana penulisan berbentuk kajian bibliografi beranotasi dapat merungkai dan mencerakinkan data-data sejarah Kerajaan Banu Marin daripada sumber-sumber berkenaan. Kajian sebegini turut membentuk satu ulasan atau kajian literatur secara holistik. Kajian lanjutan boleh dilakukan dengan memilih beberapa sumber muktabar sebagai subjek kajian, sama ada kajian dari aspek tekstual, kontekstual, intertekstual, intratekstual mahupun transtekstual. Kajian seumpama ini dapat dilakukan untuk menganalisis perkembangan Kerajaan Banu Marin secara tuntas, di samping melakukan kajian perbandingan antara beberapa sumber. Dengan demikian, kejituan dan kekuatan pendapat sarjana, Islam dan Barat, ketika mengutarakan sejarah Kerajaan Banu Marin dapat dinilai dan dikaji secara analitikal.

Item Type:Article
Keywords:Banu Marin; al-Maghrib; al-Andalus; Sumber primer; Sumber sekunder; Bibliografi beranotasi
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:16235
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Feb 2021 06:36
Last Modified:20 Feb 2021 18:14

Repository Staff Only: item control page