Ummi Hani Abu Hassan, and Nor Raudah Siren, (2020) Konsep cinta romantisme Islam berdasarkan teori model rasa insaniah. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 12 . pp. 288-303. ISSN 2229-8924
|
PDF
372kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1265
Abstract
Cinta kerap menjadi tema dalam kesusasteraan baik tradisional mahupun moden. Salah-satu tema cinta yang menimbulkan kontroversi dalam masyarakat Islam adalah cinta romantisme. Kajian ini meneruskan perbincangan konsep cinta romantisme dari perspektif Islam guna meneliti kecenderungan rasa antara lelaki dan perempuan dalam novel-novel berunsurkan Islam khususnya di Malaysia. Kajian mendapati bahawa Teori Model Rasa Insaniah dapat menjadi landasan kepada para pengkarya melalui tiga prinsip utamanya iaitu Prinsip Pengabdian Kepada Allah SWT, Prinsip Pengucapan Beradab dan Prinsip Kehalusan Makna. Seterusnya, berdasarkan Teori Model Rasa Insaniah juga, sesuatu karya yang dihasilkan pengkarya Muslim MelayuNusantara dapat dianalisis lebih halus sesuai dengan kontek agama, budaya dan persekitaran mereka. Prinsip pertama teori ini mengikat prinsip kedua dan ketiga sehingga cinta romantisme dapat diangkat dengan gaya bahasa yang indah dan halus serta menafikan bahasa yang membangkitkan syahwat pembaca.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Cinta romantisme; Model Rasa Insaniah; Novel; Sastera Islam; Teori tempatan |
Journal: | Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies |
ID Code: | 16238 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 16 Feb 2021 06:59 |
Last Modified: | 20 Feb 2021 18:18 |
Repository Staff Only: item control page