Kesan rihlah ilmu Burhanuddin Helmi terhadap masyarakat Tanah Melayu

Nur Suhailah Abd Rahim, and Izziah Suryani Md Resad @ Arshad, (2020) Kesan rihlah ilmu Burhanuddin Helmi terhadap masyarakat Tanah Melayu. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 12 . pp. 323-337. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
374kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1265

Abstract

Burhanuddin Helmi merupakan ikon pejuang nasionalisme Tanah Melayu pada awal tahun 1930 sehingga akhir tahun 1960. Beliau mengemukakan sebuah idealisme kepada Tanah Melayu berdasarkan pengalaman rihlah atau pengembaraan beliau ketika menuntut ilmu bermula pendidikan rendah hingga pendidikan pengajian tinggi. Objektif kajian ini untuk melihat sejauh mana kesan rihlah ilmu beliau memberi manfaat kepada masyarakat khususnya dari segi pengintelektualan masyarakat Tanah Melayu. Hasil rihlah tersebut, beliau dipengaruhi idealisme seperti Ikhwanul Muslimin yang berjuang menyatukan ummah daripada tawanan penjajah. Malah, beliau juga mempunyai kesedaran untuk membentuk keintelektualan di Tanah Melayu, bermula dari dasar kenegaraan. Seperti mana yang ditegaskan baginda Rasulullah SAW iaitu “Hubbul Watan Minal Iman” atau cinta dan kasih kepada negara adalah sebahagian daripada tuntutan Iman. Secara tidak langsung, ia menjadi tanggungjawab Burhanuddin Helmi untuk menyebarkan pengaruh rihlah ilmunya demi kebaikan kepada negara, agama dan masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Burhanuddin Helmi; Nasionalisme; Rihlah; Pengembaraan
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:16240
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Feb 2021 08:02
Last Modified:20 Feb 2021 18:20

Repository Staff Only: item control page