Arabesque - permata kesenian Islam

Mohd Zamri Mohamed Noor, and Ermy Azziaty Rozali, (2020) Arabesque - permata kesenian Islam. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 12 . pp. 348-356. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
316kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1265

Abstract

Seni ukiran Islam corak arabesque merupakan salah satu elemen teras dalam kesenian Islam dan mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan seni bina. Perkataan arabesque dikaitkan dengan bangsa Arab di mana ia menggambarkan gaya orang-orang Arab dalam menampilkan seni hiasan pada dekorasi dalaman serta luaran sesebuah bangunan atau binaan, corak permaidani, tekstil serta hiasan kulit buku. Perkataan arabesque berasal daripada bahasa Sepanyol iaitu arabescus atau rabesco berdasarkan lokasi penempatan masyarakat Islam yang muncul di Sepanyol. Ia telah tersebar secara meluas ke dalam masyarakat di negara-negara sekitar Semenanjung Tanah Arab seperti Parsi, Turki, India dan seterusnya ke Kepulauan Melayu. Objektif penulisan ini adalah untuk mengkaji perkembangan seni ukiran Islam corak arabesque yang menampilkan reka bentuk yang unik dan bermutu tinggi. Metodologi penulisan adalah berdasarkan kepada kajian kepustakaan dengan menyaring maklumat-maklumat daripada sumber sekunder seperti buku, tesis, artikel, jurnal, laman sesawang dan lain-lain.

Item Type:Article
Keywords:Seni ukiran Islam; Arabesque; Seni bina
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:16242
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Feb 2021 08:16
Last Modified:20 Feb 2021 18:23

Repository Staff Only: item control page