Teori dan konsep sewa beli dalam konteks kepenggunaan

Siti Noorafizah Azizan, and Safinaz Mohd Hussein, and Mazliza Mohamad, (2020) Teori dan konsep sewa beli dalam konteks kepenggunaan. Current Legal Issues, 2 . pp. 1-13.

[img]
Preview
PDF
196kB

Official URL: http://www.ukm.my/cli/makalah-2020/

Abstract

Sejarah, asal usul, perkembangan, teori, konsep dan falsafah adalah berkaitan serta penting dalam memahami dan menjustifikasikan sesuatu undang-undang. Teori, konsep dan ideologi merupakan perkara asas penting dalam sesuatu penyelidikan kerana ia dapat menjadi panduan kepada penyelidikan yang dijalankan serta menentukan variabel yang perlu diukur serta limitasinya. Pemahaman terhadap teori dan konsep yang mendasari urusan sewa beli adalah signifikan bagi menjawab pelbagai isu-isu berkaitan undang-undang sewa beli dan pengguna. Perlindungan pengguna bukan sahaja merupakan suatu kuasa sosial. Ia mencakupi kuasa ekonomi dan perundangan yang bertindak balas terhadap kesan negatif perdagangan. Objektif penulisan ini adalah bertujuan untuk meninjau dan mendalami aspek sejarah, konsep serta falsafah sewa beli. Bagi tujuan ini, beberapa pendekatan akan diguna pakai. Pendekatan falsafah atau jurisprudens digunakan bagi memahami falsafah yang telah terbina dan mendasari perlindungan kepada pengguna dalam transaksi sewa beli. Selain itu, pendekatan historis turut digunakan bagi mendalami perkembangan undang-undang sewa beli dalam konteks kepenggunaan. Perbincangan ini memfokuskan kepada perkembangan sejarah secara global dan seterusnya di Malaysia. Bagi mencapai objektif ini, sumber-sumber primer dan sekunder terpilih dirujuk, khususnya buku dan artikel. Pendekatan analitis dan kritis diterapkan bagi menganalisis bahan bertulis berkenaan kontrak sewa beli dan kepenggunaan. Hasil kajian terhadap sejarah, teori serta konsep yang mendasari undang-undang sewa beli, keperluan kepada satu anjakan paradigm terhadap undang-undang sewa beli di Malaysia bagi menyediakan perlindungan yang mantap kepada pengguna mempunyai justifikasinya di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Konsep; Ideologi; Sewa beli; Kepenggunaan
Journal:Current Legal Issue
ID Code:16243
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2021 02:35
Last Modified:22 Feb 2021 08:26

Repository Staff Only: item control page