Kesan sharenting kepada kanak-kanak dan implikasinya terhadap hak privasi kanak-kanak di Malaysia

Amira Nur Diana Amir Hamzah, and Safinaz Mohd Hussein, (2020) Kesan sharenting kepada kanak-kanak dan implikasinya terhadap hak privasi kanak-kanak di Malaysia. Current Legal Issues, 2 . pp. 21-52.

[img]
Preview
PDF
327kB

Official URL: http://www.ukm.my/cli/makalah-2020/

Abstract

Artikel ini meneliti konsep sharenting dan menekankan peranannya dalam pencerobohan hak privasi kanak-kanak. Sharenting merupakan suatu budaya dikalangan ibu bapa yang melibatkan perkongsian maklumat peribadi anakanak mereka dalam talian secara. Kanak-kanak sememangnya mempunyai hak dan kepentingan ke atas privasi mereka termasuklah daripada budaya sharenting. Hal ini menimbulkan konflik antara hak golongan ibu bapa untuk bersuara di media sosial yang bercanggah dengan hak keselamatan dan privasi anak-anak mereka. Objektif artikel ini adalah untuk melihat faktor budaya sharenting seterusnya mengetengahkan konfllik di antara privasi anak dan kebebasan bersuara ibubapa dan melihat samada undang-undang sedia ada di Malaysia boleh melindungi hak privasi kanak-kanak tersebut. Walaupun ibu bapa merupakan penjaga utama seorang kanak-kanak, budaya sharenting dianggap sebagai satu pelanggaran privasi seorang kanak-kanak. Ini menimbulkan satu permasalahan keranaa ibubapa juga mempunyai hak untuk bersuara melalui perkongsian media sosial berkenaan perkara yang secara langsung atau tidak langsung melibatkan anak mereka. Malaysia tidak secara langsung mengiktiraf hak privasi sebagai satu kausa tindakan, oleh yang demikian, adakah undang-undang sedia ada di Malaysia mengiktiraf hak privasi seorang kanak-kanak terhadap pengkongsian maklumat oleh ibubapa mereka? Metodologi yang digunakan adalah kualitatif undang-undang tulen dimana maklumat yang diperolehi dari peruntukan undangundang dan kes-kes dianalisis untuk mencari kelompongan dan seterusnya cadangan penambahbaikan diberikan. Analisis dibuat ke atas undang-undang yang berkaitan seperti Perlembagaan Persekutuan, Akta Kanak-kanak (AKK) 2001, Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 (AKSTK), Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan Kanun Kesiksaan untuk melihat sama ada peruntukan-peruntukan sedia ada di dalam akta-akta ini melindungi kanak-kanak terhadap tindakan sharenting di Malaysia. Kajian mendapati bahawa Malaysia masih tidak mempunyai peruntukan perlindungan privasi buat kanak-kanak yang mencukupi dan mencadangkan pendedahan kepada ibubapa berkenaan dengan bahaya sharenting terhadap anak mereka serta perlindungan privasi dalam undang-undang yang melindungi kanak-kanak di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Sharenting; Perkongsian maklumat; Hak privasi kanak-kanak; Kawalan undang-undang; Perlindungan data
Journal:Current Legal Issue
ID Code:16245
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2021 03:20
Last Modified:22 Feb 2021 08:31

Repository Staff Only: item control page