Pemakaian undang-undang tort dalam tuntutan saman gangguan seksual di Malaysia

Natasha Adilla Mahazir, and Tengku Noor Azira Tengku Zainudin, (2020) Pemakaian undang-undang tort dalam tuntutan saman gangguan seksual di Malaysia. Current Legal Issues, 2 . pp. 53-67.

[img]
Preview
PDF
198kB

Official URL: http://www.ukm.my/cli/makalah-2020/

Abstract

Dalam era modenisasi ini, gangguan seksual bukan lagi suatu perlakuan yang boleh dianggap remeh dan patut dipandang serius oleh kerana ia bersifat sensitif, mengaibkan dan berpotensi untuk menganggu psikologi dan emosi mangsa berkenaan. Tanpa mengira tempat dan masa, seringkali kita ketahui bahawa wanita lebih cenderung dijadikan mangsa gangguan seksual terutamanya di tempat kerja memandangkan golongan lelaki tampak lebih dominan di dalam kebanyakan organisasi. Apabila perlakuan tersebut dilaporkan kepada pihak atasan, tiada sebarang tindakan lanjut yang diambil kerana isu ini dianggap tidak signifikan dan tidak membawa apa-apa pulangan yang lumayan kepada syarikat, malah sekadar menggugat reputasi syarikat tersebut. Hal ini cukup membimbangkan terutamanya apabila menyedari bahawa tiada sebarang undang-undang khusus yang mengawal perbuatan gangguan seksual secara ketat bagi tujuan melindungi hak dan kepentingan mangsa berkenaan. Pendek kata, masih terdapat lompong yang ketara dari sudut perundangan gangguan seksual disebabkan oleh ketiadaan undang-undang khusus yang mengiktiraf pemberian ganti rugi kepada mangsa. Maka, penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk menganalisis kesesuaian pengaplikasian undang-undang tort dari aspek remedi yang boleh dipohon oleh mangsa. Penulisan ini turut merujuk kepada undang- undang tort gangguan seksual di negara-negara luar seperti Hong Kong dan Singapura sebagai perbandingan bagi melihat keberkesanannya dalam melindungi mangsa-mangsa gangguan seksual sebagai satu perbandingan.. Turut dicadangkan reformasi undang-undang dalam tuntutan gangguan seksual dari segi aspek penggubalan sebuah akta khusus bagi kesalahan gangguan seksual di Malaysia. Penulisan ini mendapati bahawa undang-undang tort sememangnya sesuai untuk diaplikasikan dalam tuntutan saman gangguan seksual di Malaysia agar hak mangsa terhadap ganti rugi dapat dipenuhi.

Item Type:Article
Keywords:Gangguan seksual; Ganti rugi; Remedi; Undang-undang tort
Journal:Current Legal Issue
ID Code:16246
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2021 03:27
Last Modified:22 Feb 2021 08:32

Repository Staff Only: item control page