Pandemik Covid-19: kontrak komersial dan klausa force majeure

Nazirah Kamaruzaman, (2020) Pandemik Covid-19: kontrak komersial dan klausa force majeure. Current Legal Issues, 2 . pp. 68-76.

[img]
Preview
PDF
160kB

Official URL: http://www.ukm.my/cli/makalah-2020/

Abstract

Wabak Covid-19, pertama kali dikenalpasti di wilayah Wuhan, China pada pertengahan bulan Disember 2019, merupakan satu penyakit yang berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Kadar penularan wabak Covid-19 yang tinggi sehingga mencecah angka 126,702 kes aktif pada awal bulan Mac 2020, memaksa Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengiktiraf wabak Covid-19 ini sebagai satu pandemik. Krisis pandemik Covid-19 ini telah memberikan impak yang sangat besar ke atas sektor ekonomi dan komersial dunia. Perintah berkurung dan kawalan pergerakan yang diisytiharkan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan pandemik Covid-19, secara tidak langsung telah mengubah norma seharian dan menyukarkan pihakpihak berkontrak menyempurnakan tanggungjawab mereka di bawah kontrak komersial yang telah dimasuki. Keadaan ini telah memaksa pihak-pihak berkontrak untuk menyemak semula peruntukan yang telah diperuntukkan dalam kontrak yang telah dimasuki bagi melindungi kepentingan mereka akibat kegagalan menyempurnakan kewajipan di bawah kontrak. Salah satu “jalan keluar” yang akan diambil oleh pihak-pihak yang berkepentingan ini adalah dengan menggunapakai klausa force majeure, di mana secara umumnya konsep force majeure merupakan satu hak yang diberikan kepada pihak-pihak berkontrak bagi menggantung atau membatalkan kontrak komersial sekiranya berlaku kejadian yang tidak dapat dijangka atau dikawal, sehingga mengakibatkan kegagalan menyempurnakan kawajipan di bawah kontrak komersial. Persoalan utama yang akan dinilai melalui artikel ini, ialah, sejauh manakah peruntukan force majeure dalam kontrak komersial mampu melindungi kepentingan pihak-pihak yang berkontrak, dalam pada dunia berhadapan dengan pandemik Covid19. Artikel ini akan menggariskan tiga objektif utama iaitu (i) menganalis takrifan terma force majeure serta meninjau isu-isu berkaitan force majeure di Malaysia; (ii) mengenalpasti dan menganalisis kedudukan undangundang berhubung dengan konsep force majeure di Malaysia; dan (iii) mencadangkan remedi alternatif bagi melindungi kepentingan pihak-pihak berkontrak, bersesuaian dengan situasi semasa pandemik Covid-19. Bagi mencapai objektif-objektif ini, artikel ini menggunakan pendekatan kualitatif bersifat perundangan tulen. Data bagi artikel ini dikumpul melalui kajian kepustakaan, memfokuskan statut undang-undang dan artikel undangundang sebagai sumber primer. Seterusnya, artikel ini akan mencadangkan supaya pihak-pihak yang terkesan akibat pandemik Covid-19 menyemak semula dan menambahbaik peruntukan klausa force majeure dalam kontrak sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa pandemik Covid-19.

Item Type:Article
Keywords:Pandemik Covid-19; Klausa force majeure; Kontrak komersial
Journal:Current Legal Issue
ID Code:16247
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2021 03:31
Last Modified:22 Feb 2021 08:33

Repository Staff Only: item control page