Sumbangan sistem kewangan Islam ke arah pemerkasaan mahkamah Syariah di Malaysia

Haslinda Harun, and Ruzian Markom, (2020) Sumbangan sistem kewangan Islam ke arah pemerkasaan mahkamah Syariah di Malaysia. Current Legal Issues, 2 . pp. 87-100.

[img]
Preview
PDF
184kB

Official URL: http://www.ukm.my/cli/makalah-2020/

Abstract

Sistem kewangan Islam di Malaysia telah mendapat kepercayaan masyarakat sekarang dengan melihat kepada kewujudan pelbagai produk kewangan Islam yang berada di pasaran. Produk-produk kewangan Islam yang berada di pasaran telah mendapat sambutan daripada para pelanggan, sebagai contoh, pelanggan perbankan di Malaysia lebih menunjukkan kecenderungan ke arah menggunakan sistem perbankan Islam yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia. Memandangkan perbankan Islam berasaskan kontrak Syariah, sewajarnya kes berkaitan perbankan Islam dikendalikan di mahkamah Syariah. Malaysia mengamalkan dwi sistem iaitu sivil dan syariah. Walau bagaimanapun, kewangan Islam menerima pendekatan yang ekslusif kerana ia menggabungkan kontrak Islam dan undang-undang prosedur sivil. Oleh itu, kes didengari di Mahkamah Sivil. Penulisan ini bertujuan untuk meninjau cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Mahkamah Sivil dalam mengendalikan kes kewangan Islam dan kewajaran mengembalikan kes perbankan Islam kepada mahkamah Syariah sebagai forum keadilan. Penulisan ini adalah kajian doktrinal perundangan tulen dan menggunakan sumber primer dan sekunder dalam penjelasan maklumat. Analisa dokumen dan perbandingan diterima pakai dalam menganalisa isu yang diberikan. Penulisan ini mendapati terdapat kelemahan dalam pengendalian kes di mahkamah sivil seperti hakim dan peguam yang tidak kompeten. Artikel ini mencadangkan supaya kes perbankan Islam dikembalikan kepada Mahkamah Syariah sebagai forum keadilan kepada semua pihak.

Item Type:Article
Keywords:Sistem kewangan Islam; Perundangan Syariah; Perundangan sivil; Perlembagaan Persekutuan; Mahkamah Syariah
Journal:Current Legal Issue
ID Code:16249
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2021 03:43
Last Modified:22 Feb 2021 08:36

Repository Staff Only: item control page