Analisis syarat kelayakan peguam syarie menurut Islam dan perundangan di Malaysia

Nurul Farhanah Yahya, and Zulfah Salam, and Hammad Mohamad Dahalan, and Mohamad Azhan Yahya, (2020) Analisis syarat kelayakan peguam syarie menurut Islam dan perundangan di Malaysia. Current Legal Issues, 2 . pp. 101-108.

[img]
Preview
PDF
184kB

Official URL: http://www.ukm.my/cli/makalah-2020/

Abstract

Peguam syarie adalah satu profesionalisma yang semakin diperlukan di kalangan masyarakat. Profesion ini beperanan membantu institusi mahkamah dalam mencapai keputusan yang adil dan selari dengan hukum syarak. Malah kehadiran peguam syarie telah diterima pada zaman sahabat dan seterusnya berkembang hingga kini. Penulisan ini membincangkan berkaitan dengan syarat kelayakan peguam syarie menurut Islam dan perundangn di Malaysia. Penulisan ini meletakkan tiga objektif. Objektif pertama untuk mengenal pasti prinsip Islam dan peruntukan undang-undang serta meninjau literatur berkaitan dengan syarat kelayakan peguam syarie. Objektif kedua untuk menganalisis permasalahan semasa yang wujud berkaitan dengan syarat kelayakan peguam syarie. Objektif ketiga untuk mencadangkan penyelesaian ke atas permasalahan tersbeut. Penulisan ini menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah kajian perpustakaan digunakan untuk mengumpul data dan maklumat kajian berkaitan dengan syarat kelayakan peguam syarie. Kaedah temu bual turut digunakan untuk menyokong permasalahan dan dapatan kajian ini. Bahan dan maklumat yang dikumpul seperti buku, kitab arab, artikel, jurnal dan peruntukan undang-undang berkaitan dengan syarat kelayakan peguam syarie dianalisis dengan kaedah analisis kandungan dan analisis kritis. Penulisan ini mendapati bahawa syarat kelayakan peguam syarie adalah berbeza dan tidak seragam di setiap negeri. Penulisan ini turut mendapati bahawa ketidak seragaman ini merumitkan dan mengelirukan calon-calon yang ingin beramal sebagai peguam syarie. Penulisan ini akhirnya mencadangkan agar menggubal satu akta induk yang akan mentadbir perkara-perkara berkaitan kelayakan peguam syarie.

Item Type:Article
Keywords:Syarat; Pelantikan; Peguam syarie; Kaedah peguam syarie; Prinsip Islam
Journal:Current Legal Issue
ID Code:16250
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2021 03:47
Last Modified:22 Feb 2021 08:39

Repository Staff Only: item control page